Wednesday 20 July 2011

sifat orang Islam

assalamualaikum w.b.t

muslim yang sebenar adalah mukmin yang sanggup menganggap seorang Islam yang lain adalah saudaranya sendiri. dalam bentuk perhubungan, tiada berlakunya pengkhianatan, dan kezaliman kerana apabila iman memenuhi ruang hati, gerak geri dan tingkah laku adalah berlandaskan agama dan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

"daripada Abdullah Ibnu Umar r.a katanya: "Rasulullah s.a.w bersabda, "orang Islam bersaudara kepada orang Islam. ia tidak menzaliminya dan tidak mendedahkannya pada kebinasaan. siapa yang menolong hajat saudaranya, Allah akan menolong hajatnya, dan siapa yang melepaskan kedukaan seseorang Islam, Allah akan melepaskannya dari kedukaan pada hari kiamat. siapa yang menutup keaiban seorang Islam, Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat." (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
berdasarkan hadis tersebut, kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa menjaga kebajikan setiap umat Islam yang lain seperti kita menjaga kebajikan kita sendiri.namun ada keadaan yang mengizinkan kita untuk mendedahkan sesuatu kemungkaran itu, iaitu apabila ianya adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada yang lain. jika kemungkaran tersebut akan mengundang keburukan pada pelaku tersebut dan tidak mendatangkan apa-apa kebaikan pada masyarakat, maka kejahatan tersebut tidak boleh disebarkan.

 apabila salah sahabat berduka, hendaklah kita membantu mengurangkan beban yang ditanggungnya. kita sentiasa diarahkan agar sedia bekerjasama dalam perkara-perkara kebajikan dan amalan-amalan yang diredhaiNya.wallahualam..