Wednesday 25 January 2012

ta'aruf


 
bulan pertama bagi tahun 2012 kian menghampiri penghujungnya. bagi pelajar sekolah, telah hampir sebulan menjalani hidup yang baru sebagai seorang senior kepada junior yang baru bersekolah. mengenali teman-teman sekelas amat penting bagi mencipta suasana yang harmoni ketika menimba ilmu.
firman Allah yang bermaksud:
"wahai umat manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama dengan yang lain). (surah al-Hujurat:13)


dalam Islam, ta'aruf merupakan satu ibadah kerana orang yang mengamalkan ta'aruf dilihat sebagai mematuhi tuntutan syarak.berta'aruf itu mewujudkan semangat kerjasama antara masyarakat dan merealisasikan pengabdian diri pada Allah.

beruntunglah mereka yang mempunyai ramai sahabat, dan merugilah mereka yang mensia-siakan sahabat yang telah ada

Wednesday 18 January 2012

pelajar bermotivasi


 
 
terdapat 10 ciri-ciri pelajar yang bermotivasi:
 
kelihatan ceria dan bersemangat
sentiasa tekun dan rajin
berfikiran positif
sentiasa ke hadapan
sentiasa sabar, cekal dan tabah
memperbaiki kelemahan diri
bertanggungjawab
tahu menggunakan potensi diri
mempunyai keyakinan pada kebolehan diri
berdoa dan bersyukur atas kurniaanNya