Tuesday 30 August 2011

1 syawal

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk merasai hari perayaan Islam bersama keluarga tercinta. saat laungan takbir selepas solat isyak semalam, sedikit rasa pilu terasa dalam diri.sedih meninggalkan bulan ramadhan yang penuh keberkatan lantaran amalan-amalan sunat juga yang masih kurang.adakah jiwa ini telah benar-benar dididik selama sebulan ramadhan lalu.kesedihan juga terasa apabila mengenangkan mereka yang berada jauh di mata yang mungkin sukar untuk bertemu untuk perayaan kali ini.

aidilfitri yang bermaksud kembali kepada fitrah, iaitu fitrah sebagai seorang muslim.suci dari segala dosa-dosa.sepanjang bulan ramadhan kita telah berusaha untuk mendidik jiwa agar sentiasa patuh padaNya dan bagi jiwa-jiwa yang berjaya dididik, inilah sambutan bagi kejayaan mendidik jiwa dan kembali kepada fitrah seorang muslim.perabot dan baju baru bukanlah tanda hari raya aidilfitri tetapi kejayaan hati ini dekat kepada Allah lah bukti hari raya ini.hari raya perlu dipenuhi dengan zikir, tahmid, dan sebagainya.

kunjung-mengunjung adalah salah satu aktiviti dalam hari raya ini.kanak-kanak mula berpusu-pusu mengunjungi jiran tetangga.tetapi kadang-kadang niat untuk mendapatkan duit raya mendahului perasaan untuk berkenal rapat bertemu mesra dengan jiran tetangga.apabila wang ringgit menjadi motif utama, misi yang lain mungkin akan tercicir.perkunjungan hanya dipenuhi dengan duit-duit raya semata-mata.inilah perkara yang amat menyedihkan.apabila manusia mula pentingkan kemewahan dunia. akhirat dilupakan semata-mata.ingatlah bahawa kemewahan dunia tidak akan membawa kita kepada Islam, tetapi pegangan kukuh kita pada Islam akan membawa kepada kejayaan dunia akhirat.


wallahualam.semoga sedikit perkongsian menjadi teladan pada kita semua.
~SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN~

Sunday 28 August 2011

penipu atau ditipu

assalamualaikum w.b.t

wah.pagi2 lagi dah on9.pa cita.otak ligat berfikir, walaupun keletihan smlm masih d rasai.ok, jalan terbaik, laptop juga jadi plhan santapan fkrn.saya penipu?haa.1 persoalan yg mcm susah nk jawab.
"saya jujur.."pengakuan yang sering kedengaran.hai la.ntah betul ntah tidak.pandai2 la tafsir.
tjumpa tips untuk tau org tipu atau x, dgn pndg mata. kalau xberkedip tu, jujur la tu.tp xtau kesahihan tips tersebut.heran kan.asal suma xtau je ni.so, cm na sbnrnya nak tau org tipu tu, kna lah btul2 fhm org tu.kalau dah btul2 fhm, insyaAllah ley baca fkrn org tu.

ada satu citer korea, dorg ada alat pengesan penipuan.mula tu cm xcaya ja ley mengesan penipuan.tapi sebenarnya mmg boleh.sbb bila menipu, otak kita bekerja keras untuk mencipta satu fakta yang lain untuk melindungi fakta sebenar.
banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam pendustaan dan percakapan benar yang boleh diukur dengan getaran magnetik (fMRI).terdapat 7 kwsn yg aktif dalam otak org yg berdusta tetapi bagi org yg bercakap benar hanya 4.berdusta menyebabkan berlakunya aktiviti di bahagian hadapan otak yang merangkumi bhgian medial inferior dan pre-central area dan hippocampus serta kwsn temporal tengah dan kwsn limbic. semasa bercakap benar, terdapat aktivit di bahagian otak hadapan, temporal lobe dan cigulate gyrus.


firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya. (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka."(surah Al-Alaq:15-16)

dalam tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun orang berdusta) bermaksud ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. dalam konteka otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe terletak di bawah ubun-ubun.

so, am i cheater? or cheated?renung-renung kan.andai inginkan pemergian kita di ingati dengan ungkapan-ungkapan yang baik, sentiasalah mengeluarkan kata-kata yang baik kerana mungkin saja selepas ini ajal kita akan tiba dan biarlah ungkapan terakhir dari mulut kita adalah kata-kata yang baik sahaja.wallahualam

Monday 22 August 2011

andai ini ramadhan terakhir

assalamualaikum w.b.t

"ish, busuk la dia tu!"luahnya pada teman-teman sekeliling.
"siapa?"balas rakan-rakan yang lain.

"budak yang memang busuk tu, nama Aa..... opps, hampir terlepas.tunggu nanti buka puasa aku sebut nama budak tu."

beginilah kejadian yang sering terjadi di siang hari bulan ramadhan.mulut yang ingin mengumpat, menceritakan aib kawan-kawan mula terhenti tatkala mengenangkan keadaan diri yang sedang berpuasa.namun, semuanya dijanjikan untuk dirungkaikan apabila tibanya waktu berbuka.adakah puasa hanya sekadar menyekat nafsu untuk beberapa jam di siang hari ketika berpuasa dan semuanya menjadi buas setelah berbuka.
Islam mempunyai kaedah terbaik untuk membentuk manusia.ia dinamakan "sibghatallah" iaitu acuan Allah. firman Allah yang bermaksud: "Acuan Allah dan siapakah yang terbaik acuannya selain Allah?"(surah Al-Baqarah:138)

acuan Allah itu telah diperjelaskan oleh sebuah hadis yang dikenali sebagai "hadis jibrail".Saidina Umar meriwayatkan seperti berikut : "Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya.Lalu dia duduk menghampiri Rasulullah s.a.w lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: “Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.”Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. “Lelaki tersebut berkata: “Benarlah engkau.” Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: “Terangkan kepadaku tentang lman.” Baginda bersabda: “(lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.” Lelaki itu berkata: “Benarlah engkau. Dia berkata lagi: “Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan.” Baginda bersabda: “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.” Lelaki itu bertanya lagi: “Terangkan kepadaku tentang Qiamat.” Baginda bersabda: “Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.” Lelaki itu berkata: “Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.” Baginda bersabda:“(Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: “Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?” Aku berkata: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”

oleh itu, rukun Islam, rukun iman dan ihsan boleh dipermudahkan dengan memahami bahawa rukun iman sebagai input, rukun Islam sebagai proses dan ihsan adalah hasil.kerana iman  yang terbentuk dalam hati akan membina diri yang mengerjakan kewajipan seorang muslim iaitu rukun Islam.dan akhirnya menghasilkan satu jiwa yang sentiasa ingat pada Pencipta sama ada ketika berseorangan atau di khalayak ramai.

bertepatan di bulan ramadhan, puasa yang kita lakukan ini adalah sebagai salah satu proses latihan  untuk mengurus dan mengawal hawa nafsu yang menjadi musuh dalam diri sendiri.firman Allah s.w.t yang bermaksud: "sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan." (surah Yusuf:53)

menjadi persoalan, saat syaitan yang selama ini ketua kejahatan menghasut manusia telah dirantai, mengapa masih banyak kejahatan yang dilakukan.inilah yang disebabkan apabila puasa hanya sebagai brek dan akan kembali meneruskan perjalanan nafsu setelah berbuka.

andai ini adalah ramadhan terakhir buat kita, adakah jiwa dan hati kita ini telah mencapai tahap ihsan yang sebenar.wallahualam.tanya diri, tanya iman, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapNya.

khatam

assalamualaikum w.b.t

ramadhan sudah menghampiri penghujung.majlis khatam al-quran mula kedengaran di sana-sini.masa sekolah dulu, tiap tahun mesti ada khatam al-quran.setiap hari tadarus selama 1jam lepas asar sebelum waktu berbuka.di awal ramadhan, semuanya bertadarus dengan bacaan tartil, tajwid di jaga rapi, alunan lagu merdu semuanya didengari.tapi, tiba pertengahan ramadhan dan pembacaan masih tidak mencecah 15juz, gaya bacaan rempit mula keluar.demi mengejar tarikh khatam yang semakin dekat.

sebenarnya, kawan-kawan sering berkongsi formula mudah untuk menghabiskan bacaan selama sebulan.iaitu dengan menghabiskan 1juz setiap hari.membaca lebih kurang 4 muka setiap waktu solat.dan dalam satu bulan, 30 hari, 30juz dapat dikhatamkan.

akhirnya, majlis khatam selesai.dan telah menjadi peserta khatam.satu peningkatan, mampu menghabiskan tadarus di bulan ramadhan.tetapi adakah mendapat pengajaran dari pembacaan tersebut.khatam al-quran tanpa memahami makna ayat-ayat tersebut umpama membaca surat berulang kali tanpa faham arahan dan isi surat yang di terima.

satu keadaan yang kadang-kadang menjadi tanda tanya mengapa mereka yang sudah khatam al-quran tetapi perangai masih tak ubah dan kadang-kadang bercanggah dengan agama.inilah natijahnya apabila membaca ayat-ayat suci tanpa memahami arahan dan larangan Allah.walaupun berulang kali kita mampu menghabiskan bacaan Al-quran namun perlu kita lihat kembali adakah kita juga sudah benar-benar memahami setiap bait ayat-ayat suci tersebut.

wallahualam.semoga kita semua diberikan kesempatan untuk khatam Al-Quran berserta maksud.

Monday 15 August 2011

puasa oh puasa

assalamualaikum w.b.t

sedar tak sedar, kita telah berada di pertengahan bulan yang penuh keberkatan ini.kesedihan mula terasa tatkala memikirkan adakah iman ini sudah cukup terdidik di bulan mulia ini untuk mengharungi bulan-bulan seterusnya yang penuh cabaran dugaan.

seperti yang diketahui umum, puasa adalah menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.dalam pada itu, puasa juga mengajar kita untuk mengawal nafsu dalam diri sama ada nafsu untuk makan dan minum mahupun nafsu-nafsu lain.

puasa seakan-akan tidak bermakna apabila ditunaikan atas alasan ketiadaan makanan semata-mata. ketika melihatkan dapur yang sudah bersih dari segala jenis makanan, dan duit perbelanjaan juga di tahap kritikal, hati mula terdetik untuk berpuasa.keadaan ini sering berlaku dalam kalangan pelajar yang tinggal berjauhan dari keluarga.niat ingin berpuasa itu satu kebaikan, namun situasi yang memaksa untuk berpuasa itu seperti tidak dapat mendidik jiwa seiring dengan hikmah puasa tersebut.berpuasa hanya kerana kekangan yang dihadapi tidak dapat menjiwai makna sebenar puasa berbanding berpuasa atas sebab semata-mata ibadah padaNya.



jika dilihat dipertengahan bulan ramadhan ini, mungkin kebanyakan surau dan masjid mula kekurangan pengunjung.jika di awal ramadhan itu, surau-surau penuh dengan jemaah untuk menunaikan solat sunat terawih, kini hanya beberapa saf sahaja yang tinggal.keadaan inilah yang sering melanda.kesibukan membuat persiapan raya menjadi alasan.kemanisan di awal ramadhan seakan-akan berkurangan di kala pertengahan ini atas sikap kita sendiri.tanyalah diri sama ada inginkan ramadhan kali ini manis hingga ke akhirnya atau sekadar manis pada pangkalnya.

semoga ramadhan kali ini benar-benar mendidik jiwa kita dan ramadhan kita berakhir dengan kemanisan, tidak seperti tebu yang hanya manis pada pangkal dan semakin tawar pada penghujungnya.wallahualam..

Saturday 13 August 2011

persoalan tentang ramadhan

assalamualaikum w.b.t

sudah 13 hari berada dalam ramadhan.bermakna sudah 13 hari jugalah persoalan seorang kenalan tentang puasa bermain di kepala apabila pada ramadhan pertama, satu mesej di terima bertanyakan tentang rukhsah puasa..alhamdulillah pertanyaan mesej itu terjawab..dalam pada itu juga, mungkin ada pertanyaan-pertanyaan lain yang kadang menjadi tanda tanya...sedikit koleksi persoalan dan jawapan terkumpul apabila membelek kembali ilmu-ilmu yang diperoleh selama ini...
  • adakah merokok membatalkan puasa?
maksud 'jawf' atau perut dalam hukum puasa ada tiga; kepala , perut dan bahagian kemaluan.merokok  membatalkan puasa kerana asap dan jirim-jirim asap yang dihisap akan ditelan dan ia juga pergi ke kepala.
  • adakah menyedut inhaler (ubat lelah) boleh membatalkan puasa?
berdasarkan ijtihad majlis fiqh antarabangsa yang terdahulu pada tahun 1998, ianya tidak membatalkan puasa
  • adakah menderma darah boleh membatalkan puasa?
tidak membatalkan puasa
  • bagaimana jika seseorang itu tidur di siang hari lalu bermimpi hingga terkeluar air mani?
air mani yang keluar kerana sakit dan mimpi tidak membatalkan puasa.
  • adakah puasa seseorang terbatal apabila berkata "lapar lah" dengan niat untuk bergurau?
puasa tidak batal kerana mengikut hukum fiqhnya bergantung pada niat, tapi gurauan itu boleh mengurangkan pahala puasa
  • adakah membatalkan puasa jika tertelan air yang digunakan untuk membasuh gigi ketika sedang menjalani rawatan gigi?
air itu ada kemungkinan tertelan kerana kita mendongak ke atas dengan mulut yang terbuka ketika gigi sedang di rawat.dan air itu ada kemungkinan masuk ke dalam perut.maka batallah puasa tersebut.
  • solat witir selalunya dilakukan selepas solat terawih.apakah kedudukan solat witir sekiranya berniat ingin menunaikan solat tahajjud?
terdapat ulama yang mengatakan bahawa jika ingin menunaikan solat sunat lain selepas solat terawih,adalah harus solat witir selepas solat terawih dengan syarat tidak perlu lagi solat witir di akhir solat sunat lain.kerana hadis riwayat tirmidzi menyebut bahawa "tiada dua witir dalam satu malam".
  • adakah puasa sah jika apabila selepas berbuka didapati datang haid?
kedatangan haid selepas tamat waktu berpuasa tidak membatalkan puasa.
  • perlukah membayar kaffarah sekiranya mengeluarkan mani dengan sengaja pada siang hari?
hanya wajib qadha puasa
  • ketika berpuasa, tiba-tiba hati berkata ingin berbuka,tetapi tidak berbuka.adakah puasa terbatal?
lintasan-lintasan hati yang menyebabkan mahu membatalkan puasa di anggap batal oleh hukum kerana setiap amalan bermula dengan niat.tetapi jika niat itu diperbaharui, puasa akan terselamat dan puasa tidak batal.
  • bagaimana jika selepas 3hari datang haid dan setelah pasti bersih, saya mandi wajib dan berpuasa.tetapi setelah 7 hari berpuasa tiba-tiba didapati ada darah haid.adakah perlu mengganti 7hari yang telah saya puasa itu?
7hari tersebut perlu di qadha kerana masih dalam tempoh haid
  • adakah pitam dalam tempoh sekejap membatalkan puasa?
tak batal

wallahualam.semoga sedikit perkongsian dapat memperbaiki lagi ibadah kita padaNya..

Friday 12 August 2011

perbandingan

assalamualaikum w.b.t

pagi yang hening mengingatkanku pada kisah drama yang menceritakan tentang dendam seorang gadis pada keluarganya. dendam itu bermula dengan sikap membanding-bandingkan yang wujud pada diri ayahnya.kelemahan beliau dalam pelajaran menjadi persoalan hangat apabila kakak kembarnya mendapat tempat terbaik di dalam kelas manakala kedudukannya adalah yang tercorot.lemparan kata-kata kesat dari ayahanda di saat kekecewaan dengan keputusan peperiksaan benar-benar membuahkan perasaan dendam terhadap semua.

menjadi mangsa perbandingan amat pedih. kata-kata ust hasrizal dalam buku murabbi cinta " jangan suka membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain,pahitnya sama apabila anak-anak kita pula membandingkan kita dengan ibu bapa yang lain" benar-benar membawa maksud yang mendalam.kepedihan yang dirasakan sebagai mangsa perbandingan tidak dapat dikongsikan dengan orang lain melainkan mangsa perbandingan itu sendiri.bagi mereka yang membandingkan, mungkin saja kata-kata itu hanya sebagai gurauan atau sebagai kata-kata pembakar semangat. namun kadang-kadang ayat yang keluar dari mulut ini tidak seindah dan semanis pada telinga pendengar.setiap manusia mempunyai pentafsiran yang berbeza.

firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu. Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan menambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu mengingkarinya (kufur nikmat), maka sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Ibrahim:7)
apabila tiada kesyukuran yang bertandang dalam hati atas nikmat dan ujian yang diberikan, kata-kata perbandingan mungkin saja menghiasi pemikiran dan percakapan serta tingkah laku demi mengharapkan sesuatu yang lebih baik berbanding nikmat yang sudah sedia ada.

"....kakak kamu memang bijak."antara ayat yang mampu menghancurkan hati yang mendengar.mungkin ayat tersebut adalah ayat pujian semata-mata terhadap seorang kakak. tapi sebagai seorang adik yang mendengar pujian tersebut, kemungkinan besar ayat tersebut ditafsirkan bahawa hanya kakak sahaja yang bijak dan adik tidak sebijak kakak.

andai tidak mahu perbualan dan ungkapan yang di iringi racun ukhuwah, kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga dalam percakapan dan menghargai setiap perlakuan mereka di sekeliling kita.penghargaan terhadap mereka tidak akan membuahkan bibit-bibit kata perbandingan yang boleh mencipta permusuhan.

wallahualam.semoga sedikit perkongsian pemikiran akan menambahkan lagi keakraban ukhuwah di bawah naunganNya

Sunday 7 August 2011

puasa vs diet

assalamualaikum w.b.t

hari ni dah masuk hari ke 7 puasa.tiap kali berbuka juga lah kotak besi yang ada bacaan ala-ala pmmc (permanent magnet moving coil)  yang ada kat ammeter tu jadi serbuan.nak tengok sama ada berat dah berkurang ke belum.

haa.ni lah satu penyakit yang selalu tersebar dalam kalangan mereka yang berniat untuk menguruskan badan.kadang-kadang diet menjadi alasan untuk berpuasa.not bad, tapi niat asal tu kena betulkan sikit.niat kerana Allah dapat pahala puasa.niat puasa hanya semata-mata nak diet, akhirnya dapat diet, lapar semata-mata.




firman Allah s.w.t bermaksud:
"dalam bulan ramadhan diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan di antara yang benar dan yang salah. sesiapa di antara kamu menyaksikan bulan ramadhan, hendaklah berpuasa pada bulan itu.sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggantikan pada hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan.hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah yang memberi petunjuk kepada kamu. semoga kamu bersyukur." (surah Al-Baqarah:185)

berdasarkan ayat tersebut, fahamlah kita bahawa puasa pada bulan ramadhan ini merupakan perintah Allah yang wajib ditunaikan. puasa ibadah wajib.diet kesan sampingan.apabila kita berpuasa, tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa termasuklah makan dan minum, maka badan kita akan sedikit susut InsyaAllah bagi mereka yang inginkan kekurusan.

oleh itu, hendaklah kita membetulkan kembali niat sebenar kita berpuasa.berpuasa kerana perintah Allah.diet adalah sampingan disebalik ibadah puasa itu sendiri.wallahualam..