Friday 31 August 2012

merdeka

31 ogos, tarikh ulangtahun kemerdekaan bagi negara Malaysia. syukur alhamdulillah diberikan nikmat merasa merdeka. 


tak kira agama, bangsa, keturunan, negeri, warna kulit, east atau west Malaysia, kita semua adalah satu negara, bertanggungjawab untuk bersatu mempertahankan kedaulatan negara, bukan mencari kesalahan dan merosakkan negara. 

firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. "(59)

Wednesday 9 May 2012

sesaat






dalam sesaat, segalanya boleh berubah.
andai kemarin, kita suka. tidak mustahil semalam kita tidak suka
andai semalam kita sayang, mungkin saja hari ini kita benci
andai hari ini kita gembira, adakah kita pasti esok kita akan gembira?

setiap saat mampu merubah sesuatu.
 setiap langkah permulaan mengubah setiap perjalanan dan akan berakhir dengan penamat yang berbeza.
sepatah kata mampu membuat orang gembira dan bersedih, 
sepotong ayat mampu membawa kebahagiaan dan kesengsaraan,
sebuah karangan mampu merubah pendirian.

siapa kita untuk yakin pada setiap perancangan sendiri, tanpa bergantung harap padaNya,
siapa kita untuk mencari kasih andai kasihNya masih tidak dihargai,
siapa kita untuk berseloka tanpa nikmat pancaindera dariNya.

Wednesday 11 April 2012

semakin dekat


selamat hari lahir pada mereka yang menyambut hari ulangtahun kelahiran sama ada pada hari ini, semalam, kemarin mahupun hari-hari sebelumnya. tahniah kerana masih mampu mengharungi liku-liku dunia yang penuh dugaan dan cabaran. walaubagaimanapun, apabila umur meningkat, satu kesedihan yang sering mendatangi adalah kita semakin tua.thats all always be thought.ada apa pada angka?but then, kita selalu lupa, apa yang seharusnya kita risaukan adalah kita sebenarnya semakin mendekati mati.

andai ada yang bertanya, siapakah yang telah bersedia untuk mati?pastinya tidak ada yang akan berani kerana sedar bahawa diri penuh noda dan dosa. masih terfikir adakah timbangan pahala sudah cukup untuk menyelamatkan diri dari seksa neraka.



sebagai manusia, pasti banyak perancangan yang ingin dilakukan sebelum menghadapi mati. semuanya cerita yang indah belaka. mencapai cita-cita, impian dan angan-angan. namun, adakah kita sempat untuk merasai semua itu lantaran dosa-dosa masih tersebar.

kadang kita alpa dalam merungkai kata, mencoret nota, melukis fakta yang boleh meninggalkan dosa. menjadi persoalan, bagaimana semua itu boleh membawa dosa?perlu kita lihat kembali pada setiap tingkah laku, adakah yang menjadi rolemodel pada orang lain?

andai ada, adakah contoh perilaku kita itu, adalah perilaku yang baik, ataupun perilaku yang jahat.andai kita melakukan kejahatan, dan orang lain mengikut jejak langkah kejahatan tersebut, maka kita boleh mendapat dosa kerana kita umpama guru dan akar kepada langakah kejahatan tersebut.semakin ramai yang mengikti langkah tersebut, semakin bertambahlah dosa kita tanpa kita sedari.

::wallahualam. tinggalkanlah perkara-perkara yang baik sahaja sebelum meninggalkan dunia agar pahala yang diperolehi adalah secara berterusan::


bersabar duhai hati



Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain

We always want the laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear.

Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow

For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form

Allah tests us often
And for every pain He gives to us
Provided we’re patient
Is followed by rich again

So whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit’s strong.



Tuesday 10 April 2012

doa


sebuah pepatah bahasa arab mengatakan bahawa 
"DOA SENJATA MUKMIN"
mungkin ada yang tertanya-tanya mengapakah doa yang menjadi senjata, bukan pedang mahupun bazoka? hal ini kerana, dunia ini hanya pinjaman kita dari Allah. Allah tuhan semesta alam, pencipta seluruh kejadian. Dialah yang Maha Berkuasa mematahkan senjata musuh kita yang mungkin canggih di mata manusia tetapi amatlah kerdil padaNya.

musuh yang bagi kita mungkin mempunyai pelbagai kemampuan dan kekuatan yang berlipat ganda berbanding kita juga adalah ciptaanNya. tidak hairanlah tiada yang lebih hebat dari Allah Yang Maha Hebat.




satu kesilapan yang sering kita lakukan, kita terleka dalam memohon doa padaNya. mengapa lidah-lidah yang menjadi pinjaman ini berat memohon pertolongan dariNya. semasa berada di sekolah rendah dan sekolah menengah, amalan bacaan doa setiap kali memulakan pelajaran amat dititikberatkan.namun setelah memasuki pusat pengajian tinggi, amalan ini mula hanyut ditelan kesibukan mengejar POINTER keduniaan. manusia alpa pada Yang Maha Melihat.

firman Allah dalam surah yaasiin ayat 82 yang bermaksud:
"sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, "Jadilah!" maka terjadilah ia" (37:82)

lihatlah betapa kekuasaan Allah. dan mengapa masih angkuh untuk memohon segala-galanya padaNya.ingatlah bahawa segala nikmat dan kurniaan yang kita miliki hari ini semuanya adalah milikNya. 

Saturday 7 April 2012

jantina tumbuh-tumbuhan



semua jenis tumbuhan mempunyai kaedah pembiakan secara seksual, yang melibatkan persenyawaan antara gamet jantan dan gamet betina untuk menghasilkan zigot. sekecil-kecil tumbuhan seperti kulat juga mempunyai pembiakan secara seksual, apatah lagi tumbuhan-tumbuhan yang besar.

 pembiakan ini amat penting kerana penggabungan dua nukleus yang berbeza akan menghasilkan waris yang mempunyai gabungan sifat-sifat induk yang pelbagai seterusnya membantu spisis tumbuhan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.




firman Allah s.w.t dalam surah Yaasin ayat 36 yang bermaksud:


"Maha suci Tuhan yang telah menjadikan berpasang-pasangan daripada apa yang tumbuh dari bumi dan dari diri mereka sendiri dan dari apa yang mereka tidak ketahui" (36:36)
perkataan berpasang-pasangan tersebut boleh dilihat dalam konteks pasangan jantina. dalam hubungan ini, semua peringkat jenis tumbuhan mempunyai keupayaan membiak secara seksual di mana gamet jantan dan gamet betina bercantum. 

::subhanallah. lihatlah betapa kekuasaan Allah, Al-Quran yang telah lama diturunkan itu telah pun menceritakan tentang perkara tersebut sebelum manusia mengenal pasti proses tersebut melalui kajian-kajian saintifik::

Thursday 5 April 2012

penghargaan



cuti semakin menghampiri penghujungnya dan seperti biasa, masa yang terluang hanya dibazirkan dengan perkara-perkara yang kurang berfaedah. sebentar ku terfikir, sampai bila hidup ini akan berterusan begini. 

saat diri sibuk dengan hal-hal pembelajaran, hati mula bertanya bilakah semua kesibukan akan berlalu. saat diri lapang dari segala kerja-kerja, hati mula berkata, rindunya saat-saat diri sibuk menelaah pelajaran, dan membuat keperluan pembelajaran. hati ini sering saja tidak bersyukur akan nikmat yang sedang dinikmati dan masih mencari sesuatu yang tiada pada ketika itu.


betullah orang selalu kata, sesuatu itu akan dihargai hanya bila ianya tiada. namun sampai bilakah kita ingin meneruskan hidup seperti itu dan hanya menghargai kurniaanNya setelah kita kehilangan nikmat tersebut.

::ingatlah wahai hati, ianya satu kerugian andai menghargai sesuatu setelah ianya tiada::

Wednesday 4 April 2012

maaf untuk berpisah



saat Allah biarkan kita terhanyut dalam cinta manusia,
ingatlah bahawa Allah tidak bermaksud untuk membiarkan kita,
tetapi Allah ingin menguji sekuat mana cinta dan iman kita padaNya,
saat Allah sedarkan kita betapa hambarnya cinta manusia,
Allah ingin kita sentiasa dekat padaNya,
segeralah sedar dari lamunan cinta manusia,
sesungguhnya cinta Allah cinta yang hakiki,
:: "hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang (13:28)"::




Tuesday 3 April 2012

lafaz yang tersimpan


 
  
sejuta kerinduan kukirimkan buat ibu dan ayah yang berada di kampung halaman 

Friday 16 March 2012

usaha doa dan tawakal



 
usaha dalam belajar adalah jihad
doa itu tanda keimanan
tawakal itu tanda berserah padaNya

usaha + doa + tawakal = kejayaan


jangan pernah tinggalkan dan abaikan antara salah satu daripadanya kerana kejayaan tidak akan lengkap tanpa elemen-elemen tersebut.

andai kejayaan yang diharapkan pada saat ini tidak tercapai, yakinlah bahawa ada kejayaan yang lebih besar menanti kita.

Saturday 3 March 2012

marah



 
telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. maka akal boleh hilang disebabkan marah.agama boleh hilang disebabkn dengki.malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain"
 
berdasarkan hadis di atas, ternyata sikap marah itu meninggalkan kesan yang buruk.dan tanpa kita sedari, kebanyakan mereka yang sedang marah akan menjerit dan menengking orang yang dimarahi.hal ini kerana, seseorang yang sedang marah merasakan hatinya begitu jauh dan susah untuk didengari oleh orang lain.oleh sebab itu, hati-hati yang marah itu mula melontarkan suara yang kuat agar keinginan mereka dipedulikan.
 
 
 
dalam pada itu, ada baiknya untuk kita memilih untuk berdiam diri ketika marah agar hati kita tidak merasa jauh dari orang yang dimarahkan. tambahan pula, ketika marah, fikiran agak bercelaru dan kemungkinan besar boleh menyakitkan hati orang lain. bertenanglah ketika kita dilanda kemarahan.
 
sebuah hadis telah menceritakan bahawa, Rasulullah akan menjauhkan diri daripada orang yang marah kerana syaitan amat banyak mengelilingi orang yang sedang marah dan Rasulullah tidak suka berada di tempat yang terdapatnya syaitan.
 
simbahlah api kemarahan itu dengan air ketenangan dan kesabaran kerana sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar
 

Friday 2 March 2012

rahmat ujian


 
alhamdulillah masih diberikan kesempatan menghadapi dunia penuh cabaran, liku-liku hidup yang kadangnya diluar sangkaan dan perancangan. InsyaAllah segala-galanya pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian.

sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu" (surah Al-Baqarah :216)
 
Pasti ini terasa begitu menyakitkan
Saat kau kehilangan sesuatu yang kau sayang
Bilakah tak tahu mungkin itu yang terbaik
Ada rahsia terindah yang diinginkanNya

Ku hanya ingin agar engkau bisa fahami
Memaknai yang terjadi dengan tulus hati
Meski ku akui tak mudah untuk terima
Segala yang telah menjadi ketetapanNya
 
Leraikanlah gundah tabahkanlah hati
Dan yakinilah semua itu rencana dariNya
 
Sudahlah lupakan segala yang membuatmu merana
Hanya kan membuat dirimu dihantui gelisah
Biarkanlah semua kan berlalu dengan apa adanya
Karena dibalik yang terjadi pasti ada hikmahnya untuk kita


Wednesday 29 February 2012

hidden camera


 

ada apa dengan hidden camera? seperti yang kita ketahui, perempuan adalah seindah ciptaan, indah paras rupa dengan susuk tubuh pelbagai perhiasan. namun, ada segelintir insan yang agak nakal ingin mencuri-curi melihat keindahan perempuan itu, dan teknologi mula disalah gunakan. cctv mula diletakkan di tempat-tempat yang tak sepatutnya, seperti fitting room, tandas, bilik hotel dan sebagainya.

bagaimana untuk mengetahui sama ada tempat tersebut terdapatnya hidden camera terutamanya dalam fitting room:

1. sebelum memasuki fitting room, try test handphone, boleh buat panggilan tak. (utk pastikan hp dlm keadaan ok x)

2. lepas tu, teruskan langkah memasuki fitting room.

3. kat dalam tu, try lagi buat panggilan, boleh atau tak.

:: kalau still dapat buat panggilan, maknanya fitting room dalam keadaan selamat
 
 

tapi, kalau tak dapat buat panggilan, maknanya fitting room tu bahaya.ada insan yang sedang memerhatikan anda.

mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana handphone boleh digunakan untuk detect kehadiran cctv yg tersembunyi.

secara asasnya, cctv perlukan frequency yang tinggi.so, bila kita try buat panggilan, frequency handphone di atasi oleh frequency cctv tersebut.


Monday 27 February 2012

The Name of Love :part 4


 
situated just by a waterfall in Estonia are couple of bridges completely covered in all sorts of padlocks. each padlock has two names and a date written on it.


the tradition originated in  Russia and idea is for newly weds to engrave their names and anniversary on a padlock, lock it on the bridge and throw the key into the river. this act symbolises the pair's eternally unbreakable bond.

from: goingplaces feb2012

Thursday 23 February 2012

Ruqyah demam panas


 
kebelakangan ini, ramai sahabat2 yang jatuh sakit, demam panas, selsema dan batuk2.sedikit bacaan untuk mengurangkan kesakitan..

Anas r.a berkata, "suatu hari, Rasulullah saw menemui A'isyah r.a yang sedang tidak sihat dan terus mengeluhkan demam. lalu Rasulullah berkata kepadanya, "engkau jangan mencaci maki demam kerana ia diperintahkan oleh Allah.tetapi jika engkau mahu, aku akan mengajarmu beberapa kata yang bila kau ucapkan, Allah akan menghilangkannya dari dirimu." Aisyah menyahut, "ajarlah aku kata-kata itu!" kemudian baginda bersabda, "ucapkanlah:
 
اللهم ارحم جلدي الرقيق وعظمي الدقيق من شدة الحريق ياام ملدم ان كنت امنت بالله العظيم فلاتصدعي الراس ولا تنتني الفم ولاتاكلي اللحم ولاتشربي الدم وتحولي عني الى من اتخذ مع الله الهااخر


Ya Allah, sayangilah kulit yang tipis ini, tulangku yang kecil ini, dari panasnya nyala api. Hai Ummu Mildam, jika kau beriman kepada Allah yang Maha Agung, jangan kau buat pening kepalaku, jangan kau makan dagingku, jangan kau minum darahku dan berpindahlah dari diriku kepada orang yang menjadikan tuhan lain bersama Allah."
 
Anas melanjutkan, "lalu Aisyah mengucapkan kata-kata itu, dan ternyata demamnya lenyap." (HR Baihaqi)

wallahualam.semoga sedikit perkongsian mampu menampung keperluan

Sunday 19 February 2012

ibu


 
KETIKA BERUSIA SETAHUN:
ibu suapkan makanan dan menyusukan kita serta memakaikan kita pakaian.kita ucapkan terima kasih dengan menangis sepanjang malam.

KETIKA BERUSIA 2 TAHUN:
ibu mengajar kita merangkak dan berdiri serta berjalan.kita ucapkan terima kasih dengan tersenyum dan ketawa pabila ibu memanggil nama kita

KETIKA BERUSIA 3 TAHUN:
ibu menyediakan makanan dengan susah payah.kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan pada baju ibu.

KETIKA BERUSIA 4 TAHUN:
ibu belikan sekotak pensel warna.kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding rumah

KETIKA BERUSIA 5 TAHUN:
ibu belikan sepasang baju baru.kita ucapkan terima kasih dengan bergolek di lopak halaman rumah

SETELAH BERUSIA 6 TAHUN:
ibu memimpin tangan menghantar ke sekolah.kita ucapkan terima kasih dengan menjerit "tak nak!"

APABILA BERUSIA 7 TAHUN:
ibu belikan sebiji bola.kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan pasu bunga jiran

MENJELANG USIA 8 TAHUN:
ibu belikan aiskrim dan kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkannya dan meminta lagi.

KETIKA BERUSIA 9 TAHUN:
ibu menghantar ke sekolah.kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas

BERUSIA 10 TAHUN:
ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya

BERUSIA 11-12 TAHUN:
ibu menyuruh membuat kerja sekolah.kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen

MENJELANG USIA 13 TAHUN:
ibu menyuruh pakai pakaian yang menutup aurat.kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu pakaian itu tidak sesuai dengan zaman sekarang

KETIKA BERUSIA 14 TAHUN:
ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar yuran persekolahan dan asrama.kita ucapkan terima kasih dengan tidak menghubunginya

KETIKA BERUSIA 15 TAHUN:
ibu rindukan pelukan dan ciuman kita.kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik

KETIKA BERUSIA 18 TAHUN:
ibu gembira mengetahui kita mendapat tempat di IPT.kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria dengan kawan-kawan

KETIKA BERUSIA 19 TAHUN:
ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus, mengheret beg besar ke depan asrama.kita ucapkan terima kasih dengan mengucapkan selamat jalan di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan

BERUSIA 20 TAHUN:
ibu bertanya sama ada kita punya teman istimewa. kita ucapkan terima kasih dengan mengatakan "itu bukan urusan ibu"

KETIKA BERUSIA 21 TAHUN:
ibu memberikan pandangan tentang kerjaya.kita ucapkan terima kasih dengan berkata "saya tak mahu jadi seperti ibu"

APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN:
ibu belikan perabot untuk rumah bujang kita.di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan, "perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan aku!"

MENJELANG USIA 24 TAHUN:
ibu bertemu dengan bakal menantu ibu dan bertanya tentang perancangan masa depan.kita ucapkan terima kasih dengan menjeling dan mengatakan "tolonglaaaahhh"

KETIKA BERUSIA 25 TAHUN:
ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat menyayangi kita.kita ucapkan terima kasih dengan berpindah rumah

MENCECAH USIA 30 TAHUN:
ibu menelefon memberi nasihat tentang penjagaan bayi.dan kita ucapkan terima kasih dengan berkata "itu zaman dulu, sekarang dah moden"

KETIKA BERUSIA 40 TAHUN:
ibu menelefon mengingatkan kenduri di kampung.kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu kita sibuk, takde masa nak balik

PABILA USIA 50 TAHUN:
ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaga.kita ucapkan terima kasih dengan bercerita kesibukan-kesibukan dan kisah-kisah ibu yang menyusahkan anak-anak

DAN PADA SATU HARI:
mendapat berita ibu meninggal dunia.dalam linangan airmata, terimbas kembali segala perbuatan kita terhadap ibu selama ini

::hargailah ibu selagi mereka masih ada.tunaikan kewajipan kita pada mereka kerana sesungguhnya syurga itu di bawah tapak kaki seorang ibu::

cinta



 
setelah mendengar lagu Katy Perry - The One That Got Away, macam sedih.baru sedar, kita memang tak mampu buat orang sentiasa ada bila kita perlukan, apatah lagi untuk meminta mereka sentiasa bersama kita.


cinta,
andai hadir kerana tampan,
akan luput ditelan penuaan,
andai hadir kerana kebaikan,
akan hilang kerana keburukan,
andai hadir kerana harta kekayaan,
akan terkubur saat kepapaan,
andai hadir kerana kepintaran,
maka tertanam dengan kebodohan,
 andai hadir kerana pertaruhan,
akan hapus dengan hasil perjudian..


maka
cintalah kerana keagamaan,
kerana ianya membawa kesejahteraan,
menjanjikan kebahagian,tidak hanya pada keduniaan,
malah hingga pengakhiran.

::dare to failed, dare to be excellent::

Friday 17 February 2012

The Name of Love :part 3


 
For members of the suluk tribe in Sandakan, Sabah, the engagement period is less than a week. During this time, the bride is not allowed to leave the house.
 
 
 
 And on the wedding day, the bridegroom is prohibited from seeing his bride until he sing a series of love song.

Thursday 16 February 2012

Doa senjata mukmin



 
Doa adalah salah satu pelapang dada yang paling besar, sekaligus menjadi pintu hajat dan penghubung kita kepada Allah atas keperluan-keperluan dan permohonan padaNya.
 
firman Allah s.w.t yang bermaksud:


"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut" (surah Al-A'raf:55)
 Sahal bin Abdullah berkata, "Allah menciptakan makhluk setelah Dia menyatakan: Bermunajatlah kepada-Ku.jika itu tidak kau lakukan, lihatlah Aku,jika tidak kau lakukan, dengarkanlah dari-Ku.jika tidak kau lakukan, berdirilah dipintu-Ku.jika itu juga tidak kau lakukan, panjatkanlah segala keinginanmu kepada-Ku.


firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami telah pernah menimpakan azab kepada mereka, mereka tidak tunduk kepada Tuhan mereka dan juga tidak memohon (kepada-Nya) dengan merendahkan diri" (surah Al-Mu'minun:76)

Rasulullah s.a.w telah bersabda, " Siapa di antara kalian yang untuknya dibukakan pintu doa, niscaya dibukakan pintu baginya pintu-pintu rahmat. Allah tidak diminta sesuatu yakni yang lebih disukai-Nya daripada diminta al-a'fiyah (kesihatan yang terbaik)." (HR. at-tirmizi dan al-hakim)
 Rasulullah saw. bersabda, "tidak ada yang dapat menolak ketentuan (qadha') selain doa dan tidak ada yang dapat memperpanjangkan umur sekain bakti." (HR. Tirmidzi)

Wednesday 15 February 2012

The Name of Love :part 2


 
At Austria, with apple slices pressed in their underarms, young women would perform a ritual dance, after which they would hand out the fruit to the man they fancied.
 
 
 

To show interest inreturn, all the man had to do was eat the apple.

~in Some cultures, declaring feelings requires more than a simple "i love you'~

Tuesday 14 February 2012

the name of love: part 1




 
in West Africa country, big is definitely beautiful. Men over there desire women who are heavier end of the scale and overweight is revered. Girls are definitely better fed than boys and there are even 'wife-fattening' farms for families to send their daughters to.
 



 

It is not uncommon for the poorest families to spend whatever little money they have feeding their daughters to fatten them up. The hope is that she would then be able to nab a rich man who will provide for them.

.:: In some caltures, declaring feelings requires more than a simple ' I love you' ::.

Saturday 11 February 2012

muamalat dalam Islam



 
muamalat adalah tatacara atau peraturan dalam perhubungan antara sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing.

firman Allah s.w.t dalam surah al-maidah yang bermaksud:


"wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah dan janganlah kamu melanggar kehormatan bulan-bulan haram, janganlah mengganggu binatang korban dan binatang qalaid. dan janganlah pula mengganggu orang-orang yang mengunjungi baitullah sedangkan mereka mencari kurnia dan keredhaan dari tuhannya."(5:2)

dalam surah al-Jumu'ah, Allah berfirman yang bermaksud:

"apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah" (626:10)

 ayat di atas jelas mengharuskan manusia mencari rezeki melalui pelbagai bentuk kegiatan. dan setelah selesai sahaja orang-orang yang beriman melaksanakan ibadah kepada Allah, mereka di seru supaya berusaha mencari rezeki untuk memenuhi keperluan masing-masing.

etika muamalat dalam Islam:
  • bersikap amanah dan amanah
  • tekun dan tabah
  • tiada riba
  • menunaikan tanggungjawab agama
  • media membantu
  • bertolak ansur
  • menepati janji
  • bekerja kerana Allah
  • berlaku adil

Wednesday 8 February 2012

TUTORIAL : lajukan start pc


 
mula-mula click 'START' button kemudian click 'run'
  lepas tu, taip regedit
tekan enter
ni akan buka REGISTERY EDITOR..
lepas tu... tgk key ni....:-

HKEY_LOCAL_MECHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Contr ol\ContentIndex
 
 


kat situ, cari key yang namanya... :-
"Startup Delay"
  klik 2 kali kat situ...
now where its base...
CLICK DECIMAL...
sekarang... default value ialah 4800000
  tukar value ke 40000....
 
done!!
CLOSE the registery editor
then RESTART

Friday 3 February 2012

Jika Aku Jatuh Hati




semoga kasih tercipta dalam limpah rahmatNya,
semoga cinta terbina di bawah naunganNya,
semoga perhubungan adalah keranaNya


Wednesday 25 January 2012

ta'aruf


 
bulan pertama bagi tahun 2012 kian menghampiri penghujungnya. bagi pelajar sekolah, telah hampir sebulan menjalani hidup yang baru sebagai seorang senior kepada junior yang baru bersekolah. mengenali teman-teman sekelas amat penting bagi mencipta suasana yang harmoni ketika menimba ilmu.
firman Allah yang bermaksud:
"wahai umat manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama dengan yang lain). (surah al-Hujurat:13)


dalam Islam, ta'aruf merupakan satu ibadah kerana orang yang mengamalkan ta'aruf dilihat sebagai mematuhi tuntutan syarak.berta'aruf itu mewujudkan semangat kerjasama antara masyarakat dan merealisasikan pengabdian diri pada Allah.

beruntunglah mereka yang mempunyai ramai sahabat, dan merugilah mereka yang mensia-siakan sahabat yang telah ada

Wednesday 18 January 2012

pelajar bermotivasi


 
 
terdapat 10 ciri-ciri pelajar yang bermotivasi:
 
kelihatan ceria dan bersemangat
sentiasa tekun dan rajin
berfikiran positif
sentiasa ke hadapan
sentiasa sabar, cekal dan tabah
memperbaiki kelemahan diri
bertanggungjawab
tahu menggunakan potensi diri
mempunyai keyakinan pada kebolehan diri
berdoa dan bersyukur atas kurniaanNya