Monday 25 July 2011

khianat

assalamualaikum w.b.t

khianat.adalah sifat yang berlawanan dengan sifat amanah. mungkir dan tidak bertanggungjawab adalah antara ciri-ciri sifat khianat.khianat merupakan salah satu sifat orang munafik sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"tanda-tanda orang munafik itu ada tiga: Apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir, apabila diberi amanah dia khianat" (riwayat muslim)
sesungguhnya sifat khianat itu amat berbahaya, merugikan dan merosakkan diri, masyarakat dan boleh memusnahkan dunia. hanya iman kepada Allah sahajalah yang mampu menjadi benteng daripada berlakunya pengkhianatan ini.

firman Allah yang bermaksud:
"wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui (salahnya)". (surah Al-Anfal:27)
amanah adalah sesuatu yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang, sama ada hak Allah mahupun hak manusia itu sendiri sama ada hak pekerjaan, perkataan atau kepercayaan hati. adalah wajib ke atas kita untuk memelihara amanah yang diberikan.

oleh itu, sebagai seorang pelakon diatas muka bumi ini, kita mempunyai pelbagai tanggungjawab yang wajib dilaksanakan iaitu sebagai hamba pada Pencipta, sebagai ahli dalam keluarga dan masyarakat.

ingatlah bahawa segala nikmat yang Allah berikan ini juga menjadi tanggungjawab kita untuk menjaganya.seandainya kita mengkhianati amanah yang diberikan ini, segalanya akan dihisab di akhirat kelak.wallahualam