Tuesday 26 July 2011

amalan yang utama

assalamualaikum w.b.t

dah dekat bulan puasa, bulan yang penuh dengan pelbagai amalan wajib dan sunat yang tiada pada bulan-bulan lain.dalam pada itu, shopping complex mula penuh dengan pengunjung-pengunjung membeli keperluan untuk sambutan bulan ramadhan dan syawal..
....
sedang asyik berjalan mencari barang-barang keperluan, tanpa sedar telah masuk waktu zohor.kewajipan perlu didahulukan.namun, ada pula sesetengah kompleks beli-belah yang tidak menyediakan surau.haa..memang tak patut.tapi ni bukan alasan tak solat.kita sedar dengan kewajipan, hendaklah tunaikan..

"daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud r.a berkata: Aku bertanya pada Rasulullah: "apakah amalan yang lebih disukai Allah?" Rasulullah menjawab: "sembahyang dalam waktunya". "kemudian apa pula?, Rasulullah menjawab: "berbuat baik pada ibu bapa.", "kemudian apa lagi?". Rasulullah menjawab: "berjihad pada jalan Allah". demikianlah sabda (Rasulullah s.a.w) dan jika aku minta tambah nescaya akan ditambah lagi. (riwayat Bukhari)

solat dalam waktunya ialah menunaikan solat dalam waktu yang telah ditentukan.apabila ditinggalkan maka hukumnya berdosa besar.solat juga sering dikatakan tiang agama.andai kita meninggalkan salah satu solat, umpama tiang kita tidak mencukupi.tidak teguh sesuatu binaan andai tiangnya tidak kukuh atau akan runtuhlah binaan andai kurang bilangan tiang.

berbuat baik pada ibu bapa adalah dengan mentaati mereka, prihatin, menyara hidup mereka sewaktu tua dan sebagainya. sering juga dijadikan persoalan, ibu bapa mampu menjaga ramai anak, namun sebagai anak mampukah kita menjaga ibu bapa kita?selama berpuluh tahun, ibu bapa bersabar melayan kerenah anak-anak namun adakah pengakhiran pengorbanan mereka dengan diabaikan begitu sahaja.oleh itu, sebagai anak, mentaati ibu bapa satu kewajipan.

berjihad pada jalan Allah adalah berjuang bersungguh-sungguh dengan menggunakan tenaga, nyawa, pengaruh dan sebagainya untuk meninggikan kalimah Allah.tidak bermaksud jihad pada medan peperangan semata-mata, tapi jihad dimerata tempat dengan orang sekeliling mahupun sahabat handai, jihad pemikiran, gaya kehidupan dan sebagainya yang mampu mengajak orang ramai untuk beriman padaNya.


wallahualam.semoga sedikit perkongsian mampu menambahkan lagi keimanan kiita pada Yang Maha Esa.