"DOA SENJATA MUKMIN"
mungkin ada yang tertanya-tanya mengapakah doa yang menjadi senjata, bukan pedang mahupun bazoka? hal ini kerana, dunia ini hanya pinjaman kita dari Allah. Allah tuhan semesta alam, pencipta seluruh kejadian. Dialah yang Maha Berkuasa mematahkan senjata musuh kita yang mungkin canggih di mata manusia tetapi amatlah kerdil padaNya.
musuh yang bagi kita mungkin mempunyai pelbagai kemampuan dan kekuatan yang berlipat ganda berbanding kita juga adalah ciptaanNya. tidak hairanlah tiada yang lebih hebat dari Allah Yang Maha Hebat.
satu kesilapan yang sering kita lakukan, kita terleka dalam memohon doa padaNya. mengapa lidah-lidah yang menjadi pinjaman ini berat memohon pertolongan dariNya. semasa berada di sekolah rendah dan sekolah menengah, amalan bacaan doa setiap kali memulakan pelajaran amat dititikberatkan.namun setelah memasuki pusat pengajian tinggi, amalan ini mula hanyut ditelan kesibukan mengejar POINTER keduniaan. manusia alpa pada Yang Maha Melihat.
firman Allah dalam surah yaasiin ayat 82 yang bermaksud:
"sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, "Jadilah!" maka terjadilah ia" (37:82)
lihatlah betapa kekuasaan Allah. dan mengapa masih angkuh untuk memohon segala-galanya padaNya.ingatlah bahawa segala nikmat dan kurniaan yang kita miliki hari ini semuanya adalah milikNya.