skip to main |
skip to sidebar
Ruqyah demam panas
kebelakangan ini, ramai sahabat2 yang jatuh sakit, demam panas, selsema dan batuk2.sedikit bacaan untuk mengurangkan kesakitan..
Anas r.a berkata, "suatu hari, Rasulullah saw menemui A'isyah r.a yang sedang tidak sihat dan terus mengeluhkan demam. lalu Rasulullah berkata kepadanya, "engkau jangan mencaci maki demam kerana ia diperintahkan oleh Allah.tetapi jika engkau mahu, aku akan mengajarmu beberapa kata yang bila kau ucapkan, Allah akan menghilangkannya dari dirimu." Aisyah menyahut, "ajarlah aku kata-kata itu!" kemudian baginda bersabda, "ucapkanlah: اللهم ارحم جلدي الرقيق وعظمي الدقيق من شدة الحريق ياام ملدم ان كنت امنت بالله العظيم فلاتصدعي الراس ولا تنتني الفم ولاتاكلي اللحم ولاتشربي الدم وتحولي عني الى من اتخذ مع الله الهااخر
Ya Allah, sayangilah kulit yang tipis ini, tulangku yang kecil ini, dari panasnya nyala api. Hai Ummu Mildam, jika kau beriman kepada Allah yang Maha Agung, jangan kau buat pening kepalaku, jangan kau makan dagingku, jangan kau minum darahku dan berpindahlah dari diriku kepada orang yang menjadikan tuhan lain bersama Allah." Anas melanjutkan, "lalu Aisyah mengucapkan kata-kata itu, dan ternyata demamnya lenyap." (HR Baihaqi)
wallahualam.semoga sedikit perkongsian mampu menampung keperluan