Saturday, 11 February 2012

muamalat dalam Islam



 
muamalat adalah tatacara atau peraturan dalam perhubungan antara sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing.

firman Allah s.w.t dalam surah al-maidah yang bermaksud:


"wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah dan janganlah kamu melanggar kehormatan bulan-bulan haram, janganlah mengganggu binatang korban dan binatang qalaid. dan janganlah pula mengganggu orang-orang yang mengunjungi baitullah sedangkan mereka mencari kurnia dan keredhaan dari tuhannya."(5:2)

dalam surah al-Jumu'ah, Allah berfirman yang bermaksud:

"apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah" (626:10)

 ayat di atas jelas mengharuskan manusia mencari rezeki melalui pelbagai bentuk kegiatan. dan setelah selesai sahaja orang-orang yang beriman melaksanakan ibadah kepada Allah, mereka di seru supaya berusaha mencari rezeki untuk memenuhi keperluan masing-masing.

etika muamalat dalam Islam:
  • bersikap amanah dan amanah
  • tekun dan tabah
  • tiada riba
  • menunaikan tanggungjawab agama
  • media membantu
  • bertolak ansur
  • menepati janji
  • bekerja kerana Allah
  • berlaku adil