Sunday 7 August 2011

puasa vs diet

assalamualaikum w.b.t

hari ni dah masuk hari ke 7 puasa.tiap kali berbuka juga lah kotak besi yang ada bacaan ala-ala pmmc (permanent magnet moving coil)  yang ada kat ammeter tu jadi serbuan.nak tengok sama ada berat dah berkurang ke belum.

haa.ni lah satu penyakit yang selalu tersebar dalam kalangan mereka yang berniat untuk menguruskan badan.kadang-kadang diet menjadi alasan untuk berpuasa.not bad, tapi niat asal tu kena betulkan sikit.niat kerana Allah dapat pahala puasa.niat puasa hanya semata-mata nak diet, akhirnya dapat diet, lapar semata-mata.




firman Allah s.w.t bermaksud:
"dalam bulan ramadhan diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan di antara yang benar dan yang salah. sesiapa di antara kamu menyaksikan bulan ramadhan, hendaklah berpuasa pada bulan itu.sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggantikan pada hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan.hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah yang memberi petunjuk kepada kamu. semoga kamu bersyukur." (surah Al-Baqarah:185)

berdasarkan ayat tersebut, fahamlah kita bahawa puasa pada bulan ramadhan ini merupakan perintah Allah yang wajib ditunaikan. puasa ibadah wajib.diet kesan sampingan.apabila kita berpuasa, tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa termasuklah makan dan minum, maka badan kita akan sedikit susut InsyaAllah bagi mereka yang inginkan kekurusan.

oleh itu, hendaklah kita membetulkan kembali niat sebenar kita berpuasa.berpuasa kerana perintah Allah.diet adalah sampingan disebalik ibadah puasa itu sendiri.wallahualam..