Friday 12 August 2011

perbandingan

assalamualaikum w.b.t

pagi yang hening mengingatkanku pada kisah drama yang menceritakan tentang dendam seorang gadis pada keluarganya. dendam itu bermula dengan sikap membanding-bandingkan yang wujud pada diri ayahnya.kelemahan beliau dalam pelajaran menjadi persoalan hangat apabila kakak kembarnya mendapat tempat terbaik di dalam kelas manakala kedudukannya adalah yang tercorot.lemparan kata-kata kesat dari ayahanda di saat kekecewaan dengan keputusan peperiksaan benar-benar membuahkan perasaan dendam terhadap semua.

menjadi mangsa perbandingan amat pedih. kata-kata ust hasrizal dalam buku murabbi cinta " jangan suka membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain,pahitnya sama apabila anak-anak kita pula membandingkan kita dengan ibu bapa yang lain" benar-benar membawa maksud yang mendalam.kepedihan yang dirasakan sebagai mangsa perbandingan tidak dapat dikongsikan dengan orang lain melainkan mangsa perbandingan itu sendiri.bagi mereka yang membandingkan, mungkin saja kata-kata itu hanya sebagai gurauan atau sebagai kata-kata pembakar semangat. namun kadang-kadang ayat yang keluar dari mulut ini tidak seindah dan semanis pada telinga pendengar.setiap manusia mempunyai pentafsiran yang berbeza.

firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu. Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan menambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu mengingkarinya (kufur nikmat), maka sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Ibrahim:7)
apabila tiada kesyukuran yang bertandang dalam hati atas nikmat dan ujian yang diberikan, kata-kata perbandingan mungkin saja menghiasi pemikiran dan percakapan serta tingkah laku demi mengharapkan sesuatu yang lebih baik berbanding nikmat yang sudah sedia ada.

"....kakak kamu memang bijak."antara ayat yang mampu menghancurkan hati yang mendengar.mungkin ayat tersebut adalah ayat pujian semata-mata terhadap seorang kakak. tapi sebagai seorang adik yang mendengar pujian tersebut, kemungkinan besar ayat tersebut ditafsirkan bahawa hanya kakak sahaja yang bijak dan adik tidak sebijak kakak.

andai tidak mahu perbualan dan ungkapan yang di iringi racun ukhuwah, kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga dalam percakapan dan menghargai setiap perlakuan mereka di sekeliling kita.penghargaan terhadap mereka tidak akan membuahkan bibit-bibit kata perbandingan yang boleh mencipta permusuhan.

wallahualam.semoga sedikit perkongsian pemikiran akan menambahkan lagi keakraban ukhuwah di bawah naunganNya