Tuesday 30 August 2011

1 syawal

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk merasai hari perayaan Islam bersama keluarga tercinta. saat laungan takbir selepas solat isyak semalam, sedikit rasa pilu terasa dalam diri.sedih meninggalkan bulan ramadhan yang penuh keberkatan lantaran amalan-amalan sunat juga yang masih kurang.adakah jiwa ini telah benar-benar dididik selama sebulan ramadhan lalu.kesedihan juga terasa apabila mengenangkan mereka yang berada jauh di mata yang mungkin sukar untuk bertemu untuk perayaan kali ini.

aidilfitri yang bermaksud kembali kepada fitrah, iaitu fitrah sebagai seorang muslim.suci dari segala dosa-dosa.sepanjang bulan ramadhan kita telah berusaha untuk mendidik jiwa agar sentiasa patuh padaNya dan bagi jiwa-jiwa yang berjaya dididik, inilah sambutan bagi kejayaan mendidik jiwa dan kembali kepada fitrah seorang muslim.perabot dan baju baru bukanlah tanda hari raya aidilfitri tetapi kejayaan hati ini dekat kepada Allah lah bukti hari raya ini.hari raya perlu dipenuhi dengan zikir, tahmid, dan sebagainya.

kunjung-mengunjung adalah salah satu aktiviti dalam hari raya ini.kanak-kanak mula berpusu-pusu mengunjungi jiran tetangga.tetapi kadang-kadang niat untuk mendapatkan duit raya mendahului perasaan untuk berkenal rapat bertemu mesra dengan jiran tetangga.apabila wang ringgit menjadi motif utama, misi yang lain mungkin akan tercicir.perkunjungan hanya dipenuhi dengan duit-duit raya semata-mata.inilah perkara yang amat menyedihkan.apabila manusia mula pentingkan kemewahan dunia. akhirat dilupakan semata-mata.ingatlah bahawa kemewahan dunia tidak akan membawa kita kepada Islam, tetapi pegangan kukuh kita pada Islam akan membawa kepada kejayaan dunia akhirat.


wallahualam.semoga sedikit perkongsian menjadi teladan pada kita semua.
~SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN~