Sunday 10 July 2011

mulut itu

Assalamualaikum w.b.t
melihat keadaan sekarang, ramai yang berbalah bertikam lidah memperjuangkan kepercayaan masing-masing.mengemukakan idea dan pendapat demi mempertahankan hak mengikut mentaliti sendiri.namun dalam menyuarakan pemikiran, ada yang terlepas pandang dari menjaga mulut sehinggakan ada sahabat yang mula bermasam muka hanya kerana bezanya cara pemikiran. 

dalam memperjuangkan apa yang diperjuangkan, jangan lupa untuk menghitung semula kata-kata dan tingkah laku.kata-kata penghinaan mungkin saja mengalir keluar seperti minyak pelincir tika hati mula membara dengan pendapat mereka yang tidak sependapat.
ingin saya ingatkan di sini, bahawa Allah telah memberikan peringatan pada kita semua...

firman Allah yang bermaksud:
"wahai orang-orang yang beriman!janganlah sesuatu kaum menghina kaum (lelaki) yang lain kerana mungkin kaum yang dihina itu lebih baik daripada kaum yang menghina dan janganlah pula kaum wanita menghina kaum wanita-wanita lain kerana mungkin kaum wanita yang dihina itu lebih baik daripada kaum wanita yang menghina.janganlah kamu mencela diri kamu sendiri dan janganlah kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, seburuk-buruk panggilan ialah panggilan fasik sesudah beriman. sesiapa yang tidak bertaubat merekalah yang zalim." (surah Al-hujurat:11)
 semoga kita semua melihat kembali kata-kata yang keluar dari mulut ini.bukanlah diberikan pancaindera ini untuk melakukan perkara-perkara yang menambahkan dosa selain untuk beribadah padaNya..wallahualam