Wednesday, 11 April 2012

semakin dekat


selamat hari lahir pada mereka yang menyambut hari ulangtahun kelahiran sama ada pada hari ini, semalam, kemarin mahupun hari-hari sebelumnya. tahniah kerana masih mampu mengharungi liku-liku dunia yang penuh dugaan dan cabaran. walaubagaimanapun, apabila umur meningkat, satu kesedihan yang sering mendatangi adalah kita semakin tua.thats all always be thought.ada apa pada angka?but then, kita selalu lupa, apa yang seharusnya kita risaukan adalah kita sebenarnya semakin mendekati mati.

andai ada yang bertanya, siapakah yang telah bersedia untuk mati?pastinya tidak ada yang akan berani kerana sedar bahawa diri penuh noda dan dosa. masih terfikir adakah timbangan pahala sudah cukup untuk menyelamatkan diri dari seksa neraka.



sebagai manusia, pasti banyak perancangan yang ingin dilakukan sebelum menghadapi mati. semuanya cerita yang indah belaka. mencapai cita-cita, impian dan angan-angan. namun, adakah kita sempat untuk merasai semua itu lantaran dosa-dosa masih tersebar.

kadang kita alpa dalam merungkai kata, mencoret nota, melukis fakta yang boleh meninggalkan dosa. menjadi persoalan, bagaimana semua itu boleh membawa dosa?perlu kita lihat kembali pada setiap tingkah laku, adakah yang menjadi rolemodel pada orang lain?

andai ada, adakah contoh perilaku kita itu, adalah perilaku yang baik, ataupun perilaku yang jahat.andai kita melakukan kejahatan, dan orang lain mengikut jejak langkah kejahatan tersebut, maka kita boleh mendapat dosa kerana kita umpama guru dan akar kepada langakah kejahatan tersebut.semakin ramai yang mengikti langkah tersebut, semakin bertambahlah dosa kita tanpa kita sedari.

::wallahualam. tinggalkanlah perkara-perkara yang baik sahaja sebelum meninggalkan dunia agar pahala yang diperolehi adalah secara berterusan::