skip to main |
skip to sidebar
marah
telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. maka akal boleh hilang disebabkan marah.agama boleh hilang disebabkn dengki.malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain" berdasarkan hadis di atas, ternyata sikap marah itu meninggalkan kesan yang buruk.dan tanpa kita sedari, kebanyakan mereka yang sedang marah akan menjerit dan menengking orang yang dimarahi.hal ini kerana, seseorang yang sedang marah merasakan hatinya begitu jauh dan susah untuk didengari oleh orang lain.oleh sebab itu, hati-hati yang marah itu mula melontarkan suara yang kuat agar keinginan mereka dipedulikan. dalam pada itu, ada baiknya untuk kita memilih untuk berdiam diri ketika marah agar hati kita tidak merasa jauh dari orang yang dimarahkan. tambahan pula, ketika marah, fikiran agak bercelaru dan kemungkinan besar boleh menyakitkan hati orang lain. bertenanglah ketika kita dilanda kemarahan. sebuah hadis telah menceritakan bahawa, Rasulullah akan menjauhkan diri daripada orang yang marah kerana syaitan amat banyak mengelilingi orang yang sedang marah dan Rasulullah tidak suka berada di tempat yang terdapatnya syaitan. simbahlah api kemarahan itu dengan air ketenangan dan kesabaran kerana sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar