Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday, 10 April 2012

doa


sebuah pepatah bahasa arab mengatakan bahawa 
"DOA SENJATA MUKMIN"
mungkin ada yang tertanya-tanya mengapakah doa yang menjadi senjata, bukan pedang mahupun bazoka? hal ini kerana, dunia ini hanya pinjaman kita dari Allah. Allah tuhan semesta alam, pencipta seluruh kejadian. Dialah yang Maha Berkuasa mematahkan senjata musuh kita yang mungkin canggih di mata manusia tetapi amatlah kerdil padaNya.

musuh yang bagi kita mungkin mempunyai pelbagai kemampuan dan kekuatan yang berlipat ganda berbanding kita juga adalah ciptaanNya. tidak hairanlah tiada yang lebih hebat dari Allah Yang Maha Hebat.




satu kesilapan yang sering kita lakukan, kita terleka dalam memohon doa padaNya. mengapa lidah-lidah yang menjadi pinjaman ini berat memohon pertolongan dariNya. semasa berada di sekolah rendah dan sekolah menengah, amalan bacaan doa setiap kali memulakan pelajaran amat dititikberatkan.namun setelah memasuki pusat pengajian tinggi, amalan ini mula hanyut ditelan kesibukan mengejar POINTER keduniaan. manusia alpa pada Yang Maha Melihat.

firman Allah dalam surah yaasiin ayat 82 yang bermaksud:
"sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, "Jadilah!" maka terjadilah ia" (37:82)

lihatlah betapa kekuasaan Allah. dan mengapa masih angkuh untuk memohon segala-galanya padaNya.ingatlah bahawa segala nikmat dan kurniaan yang kita miliki hari ini semuanya adalah milikNya. 

Friday, 16 March 2012

usaha doa dan tawakal



 
usaha dalam belajar adalah jihad
doa itu tanda keimanan
tawakal itu tanda berserah padaNya

usaha + doa + tawakal = kejayaan


jangan pernah tinggalkan dan abaikan antara salah satu daripadanya kerana kejayaan tidak akan lengkap tanpa elemen-elemen tersebut.

andai kejayaan yang diharapkan pada saat ini tidak tercapai, yakinlah bahawa ada kejayaan yang lebih besar menanti kita.

Saturday, 3 March 2012

marah



 
telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. maka akal boleh hilang disebabkan marah.agama boleh hilang disebabkn dengki.malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain"
 
berdasarkan hadis di atas, ternyata sikap marah itu meninggalkan kesan yang buruk.dan tanpa kita sedari, kebanyakan mereka yang sedang marah akan menjerit dan menengking orang yang dimarahi.hal ini kerana, seseorang yang sedang marah merasakan hatinya begitu jauh dan susah untuk didengari oleh orang lain.oleh sebab itu, hati-hati yang marah itu mula melontarkan suara yang kuat agar keinginan mereka dipedulikan.
 
 
 
dalam pada itu, ada baiknya untuk kita memilih untuk berdiam diri ketika marah agar hati kita tidak merasa jauh dari orang yang dimarahkan. tambahan pula, ketika marah, fikiran agak bercelaru dan kemungkinan besar boleh menyakitkan hati orang lain. bertenanglah ketika kita dilanda kemarahan.
 
sebuah hadis telah menceritakan bahawa, Rasulullah akan menjauhkan diri daripada orang yang marah kerana syaitan amat banyak mengelilingi orang yang sedang marah dan Rasulullah tidak suka berada di tempat yang terdapatnya syaitan.
 
simbahlah api kemarahan itu dengan air ketenangan dan kesabaran kerana sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar
 

Friday, 2 March 2012

rahmat ujian


 
alhamdulillah masih diberikan kesempatan menghadapi dunia penuh cabaran, liku-liku hidup yang kadangnya diluar sangkaan dan perancangan. InsyaAllah segala-galanya pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian.

sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu" (surah Al-Baqarah :216)
 
Pasti ini terasa begitu menyakitkan
Saat kau kehilangan sesuatu yang kau sayang
Bilakah tak tahu mungkin itu yang terbaik
Ada rahsia terindah yang diinginkanNya

Ku hanya ingin agar engkau bisa fahami
Memaknai yang terjadi dengan tulus hati
Meski ku akui tak mudah untuk terima
Segala yang telah menjadi ketetapanNya
 
Leraikanlah gundah tabahkanlah hati
Dan yakinilah semua itu rencana dariNya
 
Sudahlah lupakan segala yang membuatmu merana
Hanya kan membuat dirimu dihantui gelisah
Biarkanlah semua kan berlalu dengan apa adanya
Karena dibalik yang terjadi pasti ada hikmahnya untuk kita


Monday, 5 September 2011

kematian

assalamualaikum w.b.t

syawal ke7: petang yang sepi membuatkan hati ini mengenangkan kembali pemergian seorang nenek yang pernah mengajar saya mengaji di waktu kecil,telah kembali ke rahmatullah pada malam raya baru-baru ini.

.........
saat semuanya sibuk membuat persiapan terakhir untuk raya, saat kanak-kanak sibuk dengan mercun dan bunga api, saat takbir raya mula di alunkan, saat itulah perginya arwah menemui Allah.walaupun arwah bukanlah insan yang saya rapat, namun kesedihan tetap terasa atas pemergiannya.sejak mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di tempat lain, arwah jarang saya temui.

perumpamaan yang selalu kita dengar, bila depan mata kita jarang menghargai, pabila sudah tiada barulah rasa tercari-cari.begitulah rasanya bila kita kehilangan seseorang yang pernah kita kenal, pernah berbakti pada kita tiba-tiba meninggalkan kita.penyesalan tidak berguna.meratapi pemergiannya juga tidak berbaloi kerana semuanya sudah berlalu.hanya doa yang mampu disusuli.

begitu juga dengan kita.tidak pernah mengetahui bilakah ajal kita tiba.sempatkah kita untuk berbakti pada ibu bapa sebelum tiba ajal.sempatkah kita mencapai cita-cita sebelum pergi untuk selama-lamanya.betapa infinity satu kematian itu.tidak diketahui tarikh masa dan tempat.cuma yang pasti ia pasti terjadi.
firman Allah:"sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula."(Az-Zumar:30)
bagi kita yang masih diberikan kesempatan merasai oksigen pinjaman Allah ini, gunalah nikmat ini sebaik-baiknya agar perginya kita padaNya berbekalkan pahala yang menjanjikan kebahagian di akhirat kelak.andai dunia yang kita kejarkan semata-mata, rugilah kita kerana dunia hanya angan-angan yang tidak menjanjikan kebahagiaan di akhirat.

oleh itu, persiapkanlah diri kita untuk ke sana.semoga ramadhan lalu telah mendidik kita untuk terus kuat melawan nafsu syaitan.wallahualam.

Al-fatihah...untuk mereka yang telah pergi mendahului kita. semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..insyaAllah



Sunday, 28 August 2011

penipu atau ditipu

assalamualaikum w.b.t

wah.pagi2 lagi dah on9.pa cita.otak ligat berfikir, walaupun keletihan smlm masih d rasai.ok, jalan terbaik, laptop juga jadi plhan santapan fkrn.saya penipu?haa.1 persoalan yg mcm susah nk jawab.
"saya jujur.."pengakuan yang sering kedengaran.hai la.ntah betul ntah tidak.pandai2 la tafsir.
tjumpa tips untuk tau org tipu atau x, dgn pndg mata. kalau xberkedip tu, jujur la tu.tp xtau kesahihan tips tersebut.heran kan.asal suma xtau je ni.so, cm na sbnrnya nak tau org tipu tu, kna lah btul2 fhm org tu.kalau dah btul2 fhm, insyaAllah ley baca fkrn org tu.

ada satu citer korea, dorg ada alat pengesan penipuan.mula tu cm xcaya ja ley mengesan penipuan.tapi sebenarnya mmg boleh.sbb bila menipu, otak kita bekerja keras untuk mencipta satu fakta yang lain untuk melindungi fakta sebenar.
banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam pendustaan dan percakapan benar yang boleh diukur dengan getaran magnetik (fMRI).terdapat 7 kwsn yg aktif dalam otak org yg berdusta tetapi bagi org yg bercakap benar hanya 4.berdusta menyebabkan berlakunya aktiviti di bahagian hadapan otak yang merangkumi bhgian medial inferior dan pre-central area dan hippocampus serta kwsn temporal tengah dan kwsn limbic. semasa bercakap benar, terdapat aktivit di bahagian otak hadapan, temporal lobe dan cigulate gyrus.


firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya. (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka."(surah Al-Alaq:15-16)

dalam tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun orang berdusta) bermaksud ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. dalam konteka otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe terletak di bawah ubun-ubun.

so, am i cheater? or cheated?renung-renung kan.andai inginkan pemergian kita di ingati dengan ungkapan-ungkapan yang baik, sentiasalah mengeluarkan kata-kata yang baik kerana mungkin saja selepas ini ajal kita akan tiba dan biarlah ungkapan terakhir dari mulut kita adalah kata-kata yang baik sahaja.wallahualam

Monday, 22 August 2011

khatam

assalamualaikum w.b.t

ramadhan sudah menghampiri penghujung.majlis khatam al-quran mula kedengaran di sana-sini.masa sekolah dulu, tiap tahun mesti ada khatam al-quran.setiap hari tadarus selama 1jam lepas asar sebelum waktu berbuka.di awal ramadhan, semuanya bertadarus dengan bacaan tartil, tajwid di jaga rapi, alunan lagu merdu semuanya didengari.tapi, tiba pertengahan ramadhan dan pembacaan masih tidak mencecah 15juz, gaya bacaan rempit mula keluar.demi mengejar tarikh khatam yang semakin dekat.

sebenarnya, kawan-kawan sering berkongsi formula mudah untuk menghabiskan bacaan selama sebulan.iaitu dengan menghabiskan 1juz setiap hari.membaca lebih kurang 4 muka setiap waktu solat.dan dalam satu bulan, 30 hari, 30juz dapat dikhatamkan.

akhirnya, majlis khatam selesai.dan telah menjadi peserta khatam.satu peningkatan, mampu menghabiskan tadarus di bulan ramadhan.tetapi adakah mendapat pengajaran dari pembacaan tersebut.khatam al-quran tanpa memahami makna ayat-ayat tersebut umpama membaca surat berulang kali tanpa faham arahan dan isi surat yang di terima.

satu keadaan yang kadang-kadang menjadi tanda tanya mengapa mereka yang sudah khatam al-quran tetapi perangai masih tak ubah dan kadang-kadang bercanggah dengan agama.inilah natijahnya apabila membaca ayat-ayat suci tanpa memahami arahan dan larangan Allah.walaupun berulang kali kita mampu menghabiskan bacaan Al-quran namun perlu kita lihat kembali adakah kita juga sudah benar-benar memahami setiap bait ayat-ayat suci tersebut.

wallahualam.semoga kita semua diberikan kesempatan untuk khatam Al-Quran berserta maksud.

Monday, 15 August 2011

puasa oh puasa

assalamualaikum w.b.t

sedar tak sedar, kita telah berada di pertengahan bulan yang penuh keberkatan ini.kesedihan mula terasa tatkala memikirkan adakah iman ini sudah cukup terdidik di bulan mulia ini untuk mengharungi bulan-bulan seterusnya yang penuh cabaran dugaan.

seperti yang diketahui umum, puasa adalah menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.dalam pada itu, puasa juga mengajar kita untuk mengawal nafsu dalam diri sama ada nafsu untuk makan dan minum mahupun nafsu-nafsu lain.

puasa seakan-akan tidak bermakna apabila ditunaikan atas alasan ketiadaan makanan semata-mata. ketika melihatkan dapur yang sudah bersih dari segala jenis makanan, dan duit perbelanjaan juga di tahap kritikal, hati mula terdetik untuk berpuasa.keadaan ini sering berlaku dalam kalangan pelajar yang tinggal berjauhan dari keluarga.niat ingin berpuasa itu satu kebaikan, namun situasi yang memaksa untuk berpuasa itu seperti tidak dapat mendidik jiwa seiring dengan hikmah puasa tersebut.berpuasa hanya kerana kekangan yang dihadapi tidak dapat menjiwai makna sebenar puasa berbanding berpuasa atas sebab semata-mata ibadah padaNya.



jika dilihat dipertengahan bulan ramadhan ini, mungkin kebanyakan surau dan masjid mula kekurangan pengunjung.jika di awal ramadhan itu, surau-surau penuh dengan jemaah untuk menunaikan solat sunat terawih, kini hanya beberapa saf sahaja yang tinggal.keadaan inilah yang sering melanda.kesibukan membuat persiapan raya menjadi alasan.kemanisan di awal ramadhan seakan-akan berkurangan di kala pertengahan ini atas sikap kita sendiri.tanyalah diri sama ada inginkan ramadhan kali ini manis hingga ke akhirnya atau sekadar manis pada pangkalnya.

semoga ramadhan kali ini benar-benar mendidik jiwa kita dan ramadhan kita berakhir dengan kemanisan, tidak seperti tebu yang hanya manis pada pangkal dan semakin tawar pada penghujungnya.wallahualam..

Friday, 12 August 2011

perbandingan

assalamualaikum w.b.t

pagi yang hening mengingatkanku pada kisah drama yang menceritakan tentang dendam seorang gadis pada keluarganya. dendam itu bermula dengan sikap membanding-bandingkan yang wujud pada diri ayahnya.kelemahan beliau dalam pelajaran menjadi persoalan hangat apabila kakak kembarnya mendapat tempat terbaik di dalam kelas manakala kedudukannya adalah yang tercorot.lemparan kata-kata kesat dari ayahanda di saat kekecewaan dengan keputusan peperiksaan benar-benar membuahkan perasaan dendam terhadap semua.

menjadi mangsa perbandingan amat pedih. kata-kata ust hasrizal dalam buku murabbi cinta " jangan suka membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain,pahitnya sama apabila anak-anak kita pula membandingkan kita dengan ibu bapa yang lain" benar-benar membawa maksud yang mendalam.kepedihan yang dirasakan sebagai mangsa perbandingan tidak dapat dikongsikan dengan orang lain melainkan mangsa perbandingan itu sendiri.bagi mereka yang membandingkan, mungkin saja kata-kata itu hanya sebagai gurauan atau sebagai kata-kata pembakar semangat. namun kadang-kadang ayat yang keluar dari mulut ini tidak seindah dan semanis pada telinga pendengar.setiap manusia mempunyai pentafsiran yang berbeza.

firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu. Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan menambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu mengingkarinya (kufur nikmat), maka sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Ibrahim:7)
apabila tiada kesyukuran yang bertandang dalam hati atas nikmat dan ujian yang diberikan, kata-kata perbandingan mungkin saja menghiasi pemikiran dan percakapan serta tingkah laku demi mengharapkan sesuatu yang lebih baik berbanding nikmat yang sudah sedia ada.

"....kakak kamu memang bijak."antara ayat yang mampu menghancurkan hati yang mendengar.mungkin ayat tersebut adalah ayat pujian semata-mata terhadap seorang kakak. tapi sebagai seorang adik yang mendengar pujian tersebut, kemungkinan besar ayat tersebut ditafsirkan bahawa hanya kakak sahaja yang bijak dan adik tidak sebijak kakak.

andai tidak mahu perbualan dan ungkapan yang di iringi racun ukhuwah, kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga dalam percakapan dan menghargai setiap perlakuan mereka di sekeliling kita.penghargaan terhadap mereka tidak akan membuahkan bibit-bibit kata perbandingan yang boleh mencipta permusuhan.

wallahualam.semoga sedikit perkongsian pemikiran akan menambahkan lagi keakraban ukhuwah di bawah naunganNya

Friday, 29 July 2011

ada apa dengan master?

assalamualaikum w.b.t

....
" lebih baik sambung master..", cadang si ibu pada anak gadisnya yang telah menamatkan pengajian sarjana muda.dengan selamba si anak membalas, "ada apa dengan master..?"
 .....
gulp!terdiam seketika pabila mendengarkan jawapan si anak tersebut.adakah beliau tidak mengetahui jawapan tersebut.sebagai graduan, bukankah sepatutnya si anak lebih arif tentang semua itu. dengan sijil master, pastinya akan terfikir tentang nama, pangkat, gaji dan sebagainya.wah!memang menarik perhatian.namun bukan perkara-perkara tersebut yang menjadi target utama, tetapi ilmu yang bakal dipelajari yang diniatkan kerana Allah yang diutamakan.

Islam sendiri menuntut umatnya supaya berilmu.ia didaulatkan ke tahap yang paling tinggi antara semua urusan hidup manusia.ilmu juga dapat membezakan antara setiap individu.
firman Allah s.w.t maksudnya:
"katakanlah, adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu." (surah Az-Zumar:9)
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat." (surah Al-Mujadalah:11)
oleh itu, menuntut ilmu merupakan kewajipan bagi setiap individu muslim.Rasulullah s.a.w menegaskan dalam hadis baginda bahawa orang-orang yang menuntut ilmu kerana Allah akan mendapat ganjaran pahala dan balasan syurga. sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"sesiapa yang berusaha menjalani suatu jalan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan, Allah akan menyediakan untuknya satu jalan daripada jalan-jalanke syurga". (riwayat Abu Daud)
semoga kita sentiasa mencari dan menggali ilmu selagi diberikan peluang olehNya.wallahualam..

Friday, 24 June 2011

pengaruh

semua kita mempunyai pengaruh.tidak kira sama ada orang yang berjawatan tinggi mahupun orang biasa, semuanya mempunyai pengaruh yang tersendiri.cuma yang membezakan pengaruh seseorang itu adalah bagaimana cara mengendalikan potensi pengaruh yang ada dalam diri masing-masing.

potensi pengaruh ini seperti parang, jika tidak di asah, kelebihan akan hilang dan tidak akan di pandang.oleh itu, memang kita sebagai manusia tercipta dengan potensi pengaruh.bayi yang masih kecil juga mempunyai pengaruh tanpa kita sedari.

tatkala bayi menangis, orang sekeliling menjadi risau akan bayi tersebut.tika bayi tersenym atau ketawa pula,mampu menarik perhatian orang sekeliling untuk melihat gelagat bayi tersebut atau memerhatikan apakah yang membuatkan bayi tersebut gembira.manakala jika bayi hanya berdiam diri, orang sekeliling pula cuba mencari jalan untuk membuat bayi tersebut ketawa..Subhanallah..bayi yang masih tidak tahu perihal kehidupan itu mempunyai potensi mampu menarik perhatian orang sekeliling..

namun, menjadi persoalan mengapa manusia yang telah dewasa ada yang kelihatan tidak berpengaruh atau lebih tepat lagi, kewujudannya tidak dihiraukan, kehilangannya tidak dicari.itulah yang dikatakan potensi yang lahir ketika bayi mulai padam. apabila potensi tidak diasah dan dibiarkan sahaja, potensi itu bakal ditenggelamkan oleh potensi-potensi lain yang ada di sekitar kita.

dalam pada itu, mungkin sesetengah kita berpendapat tak perlu pengaruh yang kuat kerana ianya membuat kita menjadi orang yang sombong dan bongkak.sebenarnya, pengaruh dalam diri sendiri adalah yang paling pentin..apabila pengaruh dalam diri sudah tinggi, pengaruh-pengaruh luar yang datang mampu ditapis baik buruknya.tetapi apabila pengaruh dalam diri sendiri kurang, anasir-anasir luar kadang-kadang mampu mengubah identiti seseorang itu.

persepsi insan sekeliling kita kadang-kadang mampu mengubah cara pemikiran kita.sama ada ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara,sahabat handai mahupun pasangan hidup, kata-kata yang keluar dari mulut-mulut mereka sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan pada diri kita.namun pengaruh mereka ini berbeza setiap individu.

tidak mustahil kata-kata kita hari ini atau semalam membuatkan seorang insan itu berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya. walaupun begitu, semuanya adalah terletak pada diri setiap individu, bagaimana mereka mengendalikan potensi pengaruh dalam diri mereka. 

semoga kita semua meninggalkan atsar yang baik untuk diikuti oleh generasi seterusnya.wallahualam