Friday, 29 July 2011

ada apa dengan master?

assalamualaikum w.b.t

....
" lebih baik sambung master..", cadang si ibu pada anak gadisnya yang telah menamatkan pengajian sarjana muda.dengan selamba si anak membalas, "ada apa dengan master..?"
 .....
gulp!terdiam seketika pabila mendengarkan jawapan si anak tersebut.adakah beliau tidak mengetahui jawapan tersebut.sebagai graduan, bukankah sepatutnya si anak lebih arif tentang semua itu. dengan sijil master, pastinya akan terfikir tentang nama, pangkat, gaji dan sebagainya.wah!memang menarik perhatian.namun bukan perkara-perkara tersebut yang menjadi target utama, tetapi ilmu yang bakal dipelajari yang diniatkan kerana Allah yang diutamakan.

Islam sendiri menuntut umatnya supaya berilmu.ia didaulatkan ke tahap yang paling tinggi antara semua urusan hidup manusia.ilmu juga dapat membezakan antara setiap individu.
firman Allah s.w.t maksudnya:
"katakanlah, adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu." (surah Az-Zumar:9)
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat." (surah Al-Mujadalah:11)
oleh itu, menuntut ilmu merupakan kewajipan bagi setiap individu muslim.Rasulullah s.a.w menegaskan dalam hadis baginda bahawa orang-orang yang menuntut ilmu kerana Allah akan mendapat ganjaran pahala dan balasan syurga. sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"sesiapa yang berusaha menjalani suatu jalan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan, Allah akan menyediakan untuknya satu jalan daripada jalan-jalanke syurga". (riwayat Abu Daud)
semoga kita sentiasa mencari dan menggali ilmu selagi diberikan peluang olehNya.wallahualam..