Friday, 29 July 2011

cap jari manusia

assalamualaikum w.b.t

...
eh, ada pak guard tunggu kat depan gate.haa...mesti nak cek kad matrik, takut ada pendatang yang nak tumpang study kat kampus ni tanpa kebenaran.tapi, ada ke yang rajin sangat sampai nak study pun terpaksa curi-curi..atau mungkin nak kenal identiti setiap student kot.
...
kalau di kawasan ipt, kad matrik sebagai pengganti lambang identiti setiap warga.kalau dalam negara, tu yang guna mykad.tapi macam mana pula kalau hilang ic.haa..

dalam tamadun Romawi, salah satu tamadun silam, mereka menggunakan tatu untuk pengenalan diri kepada askar-askar upahan untuk menghalang mereka melarikan diri.bagi penjenayah pula, mereka akan dicap atau dipotong anggota badan untuk menandakan penjenayah.kini, ada pula yang menggunakan "kamera mata" untuk mengenal pasti pesalah lama.

sekitar 1870 pula, Alphonse Bertillon berbangsa perancis telah membina satu sistem untuk mengukur ukuran bahagian bertulang manusia.sistem itu dinamakan sistem Bertillon.sistem ini hanya digunakan selama 30 tahun kerana kelemahan sistem itu sendiri iaitu ada manusia yang mempunyai ukuran sistem Bertillon yang sama.hal ini tebukti apabila pada tahun 1903, seorang pesalah yang bernama Will West dijatuhkan hukuman di Kansas tetapi di penjara tersebut telah terdapat seseorang yang mempunyai ukuran Bertillon yang sama dengan Will West.setelah dilakukan penyiasatan, didapati mereka adalah adik beradik kembar seiras.

pada masa kini, penggunaan kaedah susunan gigi dan sekuen DNA semakin popular untuk mengenal pasti pengenalan diri.namun, bagi adik-beradik kembar seiras, mereka juga mempunyai susunan gigi dan sekuen DNA yang sama.oleh itu, kaedah ini juga bukanlah pilihan yang terbaik.

oleh itu,cap jari.satu kaedah yang sudah mula digunakan untuk mengenal pasti pengenalan seseorang.kaedah yang digunakan ni paling baik dan berkesan kerana cap jari setiap manusia adalah berbeza dan tidak akan berubah sepanjang hayat melainkan berlakunya kecedaraan, kemalangan atau penyakit kulit.

firman Allah dalam surah Al-Qiyamah yang bermaksud:
"Aku bersumpah dengan hari kiamat.dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri). apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya.bukan demikian sebenarnya Kami mampu menyusun (kembali) jari jemari dengan sempurna.(Al-Qiyamah:1-4)

tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa Allah s.w.t. boleh menjadikan hujung jari semuanya sama ukurannya. dan yang menakjubkan di sini,ayat ini menyatakan bahawa hujung jari (termasuk cap jari) manusia tidak sama.Allah mampu menyusun semula sekecil-kecil jari jemari itu.apatah lagi untuk membezakan cap jari setiap satunya.sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

wallahualam.semoga sedikit perkongsian lebih mendekatkan kita padaNya.