assalamualaikum w.b.t
sedar tak sedar, kita telah berada di pertengahan bulan yang penuh keberkatan ini.kesedihan mula terasa tatkala memikirkan adakah iman ini sudah cukup terdidik di bulan mulia ini untuk mengharungi bulan-bulan seterusnya yang penuh cabaran dugaan.
seperti yang diketahui umum, puasa adalah menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.dalam pada itu, puasa juga mengajar kita untuk mengawal nafsu dalam diri sama ada nafsu untuk makan dan minum mahupun nafsu-nafsu lain.
puasa seakan-akan tidak bermakna apabila ditunaikan atas alasan ketiadaan makanan semata-mata. ketika melihatkan dapur yang sudah bersih dari segala jenis makanan, dan duit perbelanjaan juga di tahap kritikal, hati mula terdetik untuk berpuasa.keadaan ini sering berlaku dalam kalangan pelajar yang tinggal berjauhan dari keluarga.niat ingin berpuasa itu satu kebaikan, namun situasi yang memaksa untuk berpuasa itu seperti tidak dapat mendidik jiwa seiring dengan hikmah puasa tersebut.berpuasa hanya kerana kekangan yang dihadapi tidak dapat menjiwai makna sebenar puasa berbanding berpuasa atas sebab semata-mata ibadah padaNya.
jika dilihat dipertengahan bulan ramadhan ini, mungkin kebanyakan surau dan masjid mula kekurangan pengunjung.jika di awal ramadhan itu, surau-surau penuh dengan jemaah untuk menunaikan solat sunat terawih, kini hanya beberapa saf sahaja yang tinggal.keadaan inilah yang sering melanda.kesibukan membuat persiapan raya menjadi alasan.kemanisan di awal ramadhan seakan-akan berkurangan di kala pertengahan ini atas sikap kita sendiri.tanyalah diri sama ada inginkan ramadhan kali ini manis hingga ke akhirnya atau sekadar manis pada pangkalnya.
semoga ramadhan kali ini benar-benar mendidik jiwa kita dan ramadhan kita berakhir dengan kemanisan, tidak seperti tebu yang hanya manis pada pangkal dan semakin tawar pada penghujungnya.wallahualam..