Monday, 22 August 2011

khatam

assalamualaikum w.b.t

ramadhan sudah menghampiri penghujung.majlis khatam al-quran mula kedengaran di sana-sini.masa sekolah dulu, tiap tahun mesti ada khatam al-quran.setiap hari tadarus selama 1jam lepas asar sebelum waktu berbuka.di awal ramadhan, semuanya bertadarus dengan bacaan tartil, tajwid di jaga rapi, alunan lagu merdu semuanya didengari.tapi, tiba pertengahan ramadhan dan pembacaan masih tidak mencecah 15juz, gaya bacaan rempit mula keluar.demi mengejar tarikh khatam yang semakin dekat.

sebenarnya, kawan-kawan sering berkongsi formula mudah untuk menghabiskan bacaan selama sebulan.iaitu dengan menghabiskan 1juz setiap hari.membaca lebih kurang 4 muka setiap waktu solat.dan dalam satu bulan, 30 hari, 30juz dapat dikhatamkan.

akhirnya, majlis khatam selesai.dan telah menjadi peserta khatam.satu peningkatan, mampu menghabiskan tadarus di bulan ramadhan.tetapi adakah mendapat pengajaran dari pembacaan tersebut.khatam al-quran tanpa memahami makna ayat-ayat tersebut umpama membaca surat berulang kali tanpa faham arahan dan isi surat yang di terima.

satu keadaan yang kadang-kadang menjadi tanda tanya mengapa mereka yang sudah khatam al-quran tetapi perangai masih tak ubah dan kadang-kadang bercanggah dengan agama.inilah natijahnya apabila membaca ayat-ayat suci tanpa memahami arahan dan larangan Allah.walaupun berulang kali kita mampu menghabiskan bacaan Al-quran namun perlu kita lihat kembali adakah kita juga sudah benar-benar memahami setiap bait ayat-ayat suci tersebut.

wallahualam.semoga kita semua diberikan kesempatan untuk khatam Al-Quran berserta maksud.