Monday, 22 August 2011

andai ini ramadhan terakhir

assalamualaikum w.b.t

"ish, busuk la dia tu!"luahnya pada teman-teman sekeliling.
"siapa?"balas rakan-rakan yang lain.

"budak yang memang busuk tu, nama Aa..... opps, hampir terlepas.tunggu nanti buka puasa aku sebut nama budak tu."

beginilah kejadian yang sering terjadi di siang hari bulan ramadhan.mulut yang ingin mengumpat, menceritakan aib kawan-kawan mula terhenti tatkala mengenangkan keadaan diri yang sedang berpuasa.namun, semuanya dijanjikan untuk dirungkaikan apabila tibanya waktu berbuka.adakah puasa hanya sekadar menyekat nafsu untuk beberapa jam di siang hari ketika berpuasa dan semuanya menjadi buas setelah berbuka.
Islam mempunyai kaedah terbaik untuk membentuk manusia.ia dinamakan "sibghatallah" iaitu acuan Allah. firman Allah yang bermaksud: "Acuan Allah dan siapakah yang terbaik acuannya selain Allah?"(surah Al-Baqarah:138)

acuan Allah itu telah diperjelaskan oleh sebuah hadis yang dikenali sebagai "hadis jibrail".Saidina Umar meriwayatkan seperti berikut : "Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya.Lalu dia duduk menghampiri Rasulullah s.a.w lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: “Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.”Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. “Lelaki tersebut berkata: “Benarlah engkau.” Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: “Terangkan kepadaku tentang lman.” Baginda bersabda: “(lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.” Lelaki itu berkata: “Benarlah engkau. Dia berkata lagi: “Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan.” Baginda bersabda: “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.” Lelaki itu bertanya lagi: “Terangkan kepadaku tentang Qiamat.” Baginda bersabda: “Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.” Lelaki itu berkata: “Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.” Baginda bersabda:“(Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: “Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?” Aku berkata: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”

oleh itu, rukun Islam, rukun iman dan ihsan boleh dipermudahkan dengan memahami bahawa rukun iman sebagai input, rukun Islam sebagai proses dan ihsan adalah hasil.kerana iman  yang terbentuk dalam hati akan membina diri yang mengerjakan kewajipan seorang muslim iaitu rukun Islam.dan akhirnya menghasilkan satu jiwa yang sentiasa ingat pada Pencipta sama ada ketika berseorangan atau di khalayak ramai.

bertepatan di bulan ramadhan, puasa yang kita lakukan ini adalah sebagai salah satu proses latihan  untuk mengurus dan mengawal hawa nafsu yang menjadi musuh dalam diri sendiri.firman Allah s.w.t yang bermaksud: "sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan." (surah Yusuf:53)

menjadi persoalan, saat syaitan yang selama ini ketua kejahatan menghasut manusia telah dirantai, mengapa masih banyak kejahatan yang dilakukan.inilah yang disebabkan apabila puasa hanya sebagai brek dan akan kembali meneruskan perjalanan nafsu setelah berbuka.

andai ini adalah ramadhan terakhir buat kita, adakah jiwa dan hati kita ini telah mencapai tahap ihsan yang sebenar.wallahualam.tanya diri, tanya iman, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapNya.