Tuesday, 10 April 2012

doa


sebuah pepatah bahasa arab mengatakan bahawa 
"DOA SENJATA MUKMIN"
mungkin ada yang tertanya-tanya mengapakah doa yang menjadi senjata, bukan pedang mahupun bazoka? hal ini kerana, dunia ini hanya pinjaman kita dari Allah. Allah tuhan semesta alam, pencipta seluruh kejadian. Dialah yang Maha Berkuasa mematahkan senjata musuh kita yang mungkin canggih di mata manusia tetapi amatlah kerdil padaNya.

musuh yang bagi kita mungkin mempunyai pelbagai kemampuan dan kekuatan yang berlipat ganda berbanding kita juga adalah ciptaanNya. tidak hairanlah tiada yang lebih hebat dari Allah Yang Maha Hebat.




satu kesilapan yang sering kita lakukan, kita terleka dalam memohon doa padaNya. mengapa lidah-lidah yang menjadi pinjaman ini berat memohon pertolongan dariNya. semasa berada di sekolah rendah dan sekolah menengah, amalan bacaan doa setiap kali memulakan pelajaran amat dititikberatkan.namun setelah memasuki pusat pengajian tinggi, amalan ini mula hanyut ditelan kesibukan mengejar POINTER keduniaan. manusia alpa pada Yang Maha Melihat.

firman Allah dalam surah yaasiin ayat 82 yang bermaksud:
"sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, "Jadilah!" maka terjadilah ia" (37:82)

lihatlah betapa kekuasaan Allah. dan mengapa masih angkuh untuk memohon segala-galanya padaNya.ingatlah bahawa segala nikmat dan kurniaan yang kita miliki hari ini semuanya adalah milikNya. 

Saturday, 7 April 2012

jantina tumbuh-tumbuhan



semua jenis tumbuhan mempunyai kaedah pembiakan secara seksual, yang melibatkan persenyawaan antara gamet jantan dan gamet betina untuk menghasilkan zigot. sekecil-kecil tumbuhan seperti kulat juga mempunyai pembiakan secara seksual, apatah lagi tumbuhan-tumbuhan yang besar.

 pembiakan ini amat penting kerana penggabungan dua nukleus yang berbeza akan menghasilkan waris yang mempunyai gabungan sifat-sifat induk yang pelbagai seterusnya membantu spisis tumbuhan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.




firman Allah s.w.t dalam surah Yaasin ayat 36 yang bermaksud:


"Maha suci Tuhan yang telah menjadikan berpasang-pasangan daripada apa yang tumbuh dari bumi dan dari diri mereka sendiri dan dari apa yang mereka tidak ketahui" (36:36)
perkataan berpasang-pasangan tersebut boleh dilihat dalam konteks pasangan jantina. dalam hubungan ini, semua peringkat jenis tumbuhan mempunyai keupayaan membiak secara seksual di mana gamet jantan dan gamet betina bercantum. 

::subhanallah. lihatlah betapa kekuasaan Allah, Al-Quran yang telah lama diturunkan itu telah pun menceritakan tentang perkara tersebut sebelum manusia mengenal pasti proses tersebut melalui kajian-kajian saintifik::

Thursday, 5 April 2012

penghargaan



cuti semakin menghampiri penghujungnya dan seperti biasa, masa yang terluang hanya dibazirkan dengan perkara-perkara yang kurang berfaedah. sebentar ku terfikir, sampai bila hidup ini akan berterusan begini. 

saat diri sibuk dengan hal-hal pembelajaran, hati mula bertanya bilakah semua kesibukan akan berlalu. saat diri lapang dari segala kerja-kerja, hati mula berkata, rindunya saat-saat diri sibuk menelaah pelajaran, dan membuat keperluan pembelajaran. hati ini sering saja tidak bersyukur akan nikmat yang sedang dinikmati dan masih mencari sesuatu yang tiada pada ketika itu.


betullah orang selalu kata, sesuatu itu akan dihargai hanya bila ianya tiada. namun sampai bilakah kita ingin meneruskan hidup seperti itu dan hanya menghargai kurniaanNya setelah kita kehilangan nikmat tersebut.

::ingatlah wahai hati, ianya satu kerugian andai menghargai sesuatu setelah ianya tiada::

Wednesday, 4 April 2012

maaf untuk berpisah



saat Allah biarkan kita terhanyut dalam cinta manusia,
ingatlah bahawa Allah tidak bermaksud untuk membiarkan kita,
tetapi Allah ingin menguji sekuat mana cinta dan iman kita padaNya,
saat Allah sedarkan kita betapa hambarnya cinta manusia,
Allah ingin kita sentiasa dekat padaNya,
segeralah sedar dari lamunan cinta manusia,
sesungguhnya cinta Allah cinta yang hakiki,
:: "hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang (13:28)"::