skip to main |
skip to sidebar

dalam sesaat, segalanya boleh berubah.
andai kemarin, kita suka. tidak mustahil semalam kita tidak sukaandai semalam kita sayang, mungkin saja hari ini kita benciandai hari ini kita gembira, adakah kita pasti esok kita akan gembira?
setiap saat mampu merubah sesuatu. setiap langkah permulaan mengubah setiap perjalanan dan akan berakhir dengan penamat yang berbeza.sepatah kata mampu membuat orang gembira dan bersedih, sepotong ayat mampu membawa kebahagiaan dan kesengsaraan,sebuah karangan mampu merubah pendirian.
siapa kita untuk yakin pada setiap perancangan sendiri, tanpa bergantung harap padaNya,siapa kita untuk mencari kasih andai kasihNya masih tidak dihargai,siapa kita untuk berseloka tanpa nikmat pancaindera dariNya.
selamat hari lahir pada mereka yang menyambut hari ulangtahun kelahiran sama ada pada hari ini, semalam, kemarin mahupun hari-hari sebelumnya. tahniah kerana masih mampu mengharungi liku-liku dunia yang penuh dugaan dan cabaran. walaubagaimanapun, apabila umur meningkat, satu kesedihan yang sering mendatangi adalah kita semakin tua.thats all always be thought.ada apa pada angka?but then, kita selalu lupa, apa yang seharusnya kita risaukan adalah kita sebenarnya semakin mendekati mati.
andai ada yang bertanya, siapakah yang telah bersedia untuk mati?pastinya tidak ada yang akan berani kerana sedar bahawa diri penuh noda dan dosa. masih terfikir adakah timbangan pahala sudah cukup untuk menyelamatkan diri dari seksa neraka.
sebagai manusia, pasti banyak perancangan yang ingin dilakukan sebelum menghadapi mati. semuanya cerita yang indah belaka. mencapai cita-cita, impian dan angan-angan. namun, adakah kita sempat untuk merasai semua itu lantaran dosa-dosa masih tersebar.
kadang kita alpa dalam merungkai kata, mencoret nota, melukis fakta yang boleh meninggalkan dosa. menjadi persoalan, bagaimana semua itu boleh membawa dosa?perlu kita lihat kembali pada setiap tingkah laku, adakah yang menjadi rolemodel pada orang lain?
andai ada, adakah contoh perilaku kita itu, adalah perilaku yang baik, ataupun perilaku yang jahat.andai kita melakukan kejahatan, dan orang lain mengikut jejak langkah kejahatan tersebut, maka kita boleh mendapat dosa kerana kita umpama guru dan akar kepada langakah kejahatan tersebut.semakin ramai yang mengikti langkah tersebut, semakin bertambahlah dosa kita tanpa kita sedari.
::wallahualam. tinggalkanlah perkara-perkara yang baik sahaja sebelum meninggalkan dunia agar pahala yang diperolehi adalah secara berterusan::
cuti semakin menghampiri penghujungnya dan seperti biasa, masa yang terluang hanya dibazirkan dengan perkara-perkara yang kurang berfaedah. sebentar ku terfikir, sampai bila hidup ini akan berterusan begini.
saat diri sibuk dengan hal-hal pembelajaran, hati mula bertanya bilakah semua kesibukan akan berlalu. saat diri lapang dari segala kerja-kerja, hati mula berkata, rindunya saat-saat diri sibuk menelaah pelajaran, dan membuat keperluan pembelajaran. hati ini sering saja tidak bersyukur akan nikmat yang sedang dinikmati dan masih mencari sesuatu yang tiada pada ketika itu.
betullah orang selalu kata, sesuatu itu akan dihargai hanya bila ianya tiada. namun sampai bilakah kita ingin meneruskan hidup seperti itu dan hanya menghargai kurniaanNya setelah kita kehilangan nikmat tersebut.
::ingatlah wahai hati, ianya satu kerugian andai menghargai sesuatu setelah ianya tiada::
ada apa dengan hidden camera? seperti yang kita ketahui, perempuan adalah seindah ciptaan, indah paras rupa dengan susuk tubuh pelbagai perhiasan. namun, ada segelintir insan yang agak nakal ingin mencuri-curi melihat keindahan perempuan itu, dan teknologi mula disalah gunakan. cctv mula diletakkan di tempat-tempat yang tak sepatutnya, seperti fitting room, tandas, bilik hotel dan sebagainya.
bagaimana untuk mengetahui sama ada tempat tersebut terdapatnya hidden camera terutamanya dalam fitting room:
1. sebelum memasuki fitting room, try test handphone, boleh buat panggilan tak. (utk pastikan hp dlm keadaan ok x)
2. lepas tu, teruskan langkah memasuki fitting room.
3. kat dalam tu, try lagi buat panggilan, boleh atau tak.
:: kalau still dapat buat panggilan, maknanya fitting room dalam keadaan selamat
tapi, kalau tak dapat buat panggilan, maknanya fitting room tu bahaya.ada insan yang sedang memerhatikan anda.
mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana handphone boleh digunakan untuk detect kehadiran cctv yg tersembunyi.
secara asasnya, cctv perlukan frequency yang tinggi.so, bila kita try buat panggilan, frequency handphone di atasi oleh frequency cctv tersebut.