Saturday, 3 March 2012

marah



 
telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. maka akal boleh hilang disebabkan marah.agama boleh hilang disebabkn dengki.malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain"
 
berdasarkan hadis di atas, ternyata sikap marah itu meninggalkan kesan yang buruk.dan tanpa kita sedari, kebanyakan mereka yang sedang marah akan menjerit dan menengking orang yang dimarahi.hal ini kerana, seseorang yang sedang marah merasakan hatinya begitu jauh dan susah untuk didengari oleh orang lain.oleh sebab itu, hati-hati yang marah itu mula melontarkan suara yang kuat agar keinginan mereka dipedulikan.
 
 
 
dalam pada itu, ada baiknya untuk kita memilih untuk berdiam diri ketika marah agar hati kita tidak merasa jauh dari orang yang dimarahkan. tambahan pula, ketika marah, fikiran agak bercelaru dan kemungkinan besar boleh menyakitkan hati orang lain. bertenanglah ketika kita dilanda kemarahan.
 
sebuah hadis telah menceritakan bahawa, Rasulullah akan menjauhkan diri daripada orang yang marah kerana syaitan amat banyak mengelilingi orang yang sedang marah dan Rasulullah tidak suka berada di tempat yang terdapatnya syaitan.
 
simbahlah api kemarahan itu dengan air ketenangan dan kesabaran kerana sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar
 

Friday, 2 March 2012

rahmat ujian


 
alhamdulillah masih diberikan kesempatan menghadapi dunia penuh cabaran, liku-liku hidup yang kadangnya diluar sangkaan dan perancangan. InsyaAllah segala-galanya pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian.

sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu" (surah Al-Baqarah :216)
 
Pasti ini terasa begitu menyakitkan
Saat kau kehilangan sesuatu yang kau sayang
Bilakah tak tahu mungkin itu yang terbaik
Ada rahsia terindah yang diinginkanNya

Ku hanya ingin agar engkau bisa fahami
Memaknai yang terjadi dengan tulus hati
Meski ku akui tak mudah untuk terima
Segala yang telah menjadi ketetapanNya
 
Leraikanlah gundah tabahkanlah hati
Dan yakinilah semua itu rencana dariNya
 
Sudahlah lupakan segala yang membuatmu merana
Hanya kan membuat dirimu dihantui gelisah
Biarkanlah semua kan berlalu dengan apa adanya
Karena dibalik yang terjadi pasti ada hikmahnya untuk kita


Wednesday, 29 February 2012

hidden camera


 

ada apa dengan hidden camera? seperti yang kita ketahui, perempuan adalah seindah ciptaan, indah paras rupa dengan susuk tubuh pelbagai perhiasan. namun, ada segelintir insan yang agak nakal ingin mencuri-curi melihat keindahan perempuan itu, dan teknologi mula disalah gunakan. cctv mula diletakkan di tempat-tempat yang tak sepatutnya, seperti fitting room, tandas, bilik hotel dan sebagainya.

bagaimana untuk mengetahui sama ada tempat tersebut terdapatnya hidden camera terutamanya dalam fitting room:

1. sebelum memasuki fitting room, try test handphone, boleh buat panggilan tak. (utk pastikan hp dlm keadaan ok x)

2. lepas tu, teruskan langkah memasuki fitting room.

3. kat dalam tu, try lagi buat panggilan, boleh atau tak.

:: kalau still dapat buat panggilan, maknanya fitting room dalam keadaan selamat
 
 

tapi, kalau tak dapat buat panggilan, maknanya fitting room tu bahaya.ada insan yang sedang memerhatikan anda.

mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana handphone boleh digunakan untuk detect kehadiran cctv yg tersembunyi.

secara asasnya, cctv perlukan frequency yang tinggi.so, bila kita try buat panggilan, frequency handphone di atasi oleh frequency cctv tersebut.


Monday, 27 February 2012

The Name of Love :part 4


 
situated just by a waterfall in Estonia are couple of bridges completely covered in all sorts of padlocks. each padlock has two names and a date written on it.


the tradition originated in  Russia and idea is for newly weds to engrave their names and anniversary on a padlock, lock it on the bridge and throw the key into the river. this act symbolises the pair's eternally unbreakable bond.

from: goingplaces feb2012