daripada ibn Abbas R.A berkata:, telah bersabda Rasulullah S.A.W, " terdapat dua nikmat yang kebanyakannya manusia sering lupa iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang" (riwayat bukhari)inilah realiti hidup dunia sekarang, ketika tubuh badan fizikal dan mental sihat,pelbagai perkara dilakukan hingga lupa mensyukuri nikmat yg diberikanNya. hinggakan melakukan dosa pun sebenarnya kita masih menggunakan nikmat kesihatan yang dipinjam.
firman Allah S.W.T
"mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu) kemudian mereka tergamak mengingkarinya dan kebanyakan mereka pula ialah orang yang kufur ingkar."(surah An-Nahl:83)
firman Allah:
"maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan janganlah pula kamu diperdayakan oleh ajakan dan bisikan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.(surah Luqman:33)
semoga kita semua sentiasa berwaspada dengan tindak tanduk kita agar tidak terpedaya dengan nafsu dunia semata-mata.wallahualam..